Oleh Md Izwan
Tidak perlu ahli nujum untuk mencari punca kepada pergolakan Umno ketika ini. Umum mengetahui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi barah yang menyebabkan parti yang menjadi payung orang Melayu ini sudah hilang arah.
Akar umbi Umno yang diasuh dengan budaya menyuap dan menjadi “pak angguk” tiada jalan lain kecuali bersetuju walaupun sedar mereka sedang menuju kehancuran.
Mungkin beberapa kerat sahaja yang berani melawan, tapi kuasa "wang" menyebabkan beberapa ketua bahagian yang majoritinya mengambil pendirian untuk bersumpah setia dengan presiden.
Tidak kurang ada ketua bahagian yang mahu nampak lebih setia hingga bersumpah sanggup mati bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kalau ketua bahagian nak mati dengan presiden, kami semua tidak mahu ikut," kata seorang perwakilan Kepong yang duduk di bawah mendengar ucapan ketua bahagiannya baru-baru ini.
Sepanjang ucapan bosnya, perwakilan yang duduk sebelah wartawan tersebut tidak habis-habis membuat ulasan seperti pengulas sukan setiap bait-bait kata membodek yang menjengkelkan oleh ketua bahagian tersebut.
Tidak lupa juga peristiwa berlaku di Pontian apabila timbalan ketua Umno bahagian kawasan itu, Datuk Ahmad Maslan yang popular dengan lawaknya “diboo” perwakilan.
Sama seperti di Kepong, seorang perwakilan dari Johor berbisik kepada wartawan: "Yang ini tak payah bertanding pilihan raya depan, elok masuk Maharaja Lawak Mega".
Realitinya, akar umbi Umno tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang cuma mereka sudah terlalu lama diasuh untuk mengikut sistem feudalisme dalam parti itu sendiri.
Dua situasi ini sudah cukup untuk menjelaskan yang pimpinan di atas sudah terputus sentuhan dengan di bawah.
Bagaimana ia bermula dan akan berakhir?
Semua ini bermula sebaik video di Janda Baik terbocor, apabila budak suruhan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah menyebarkan ucapan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada umum.
Muhyiddin tersilap langkah apabila tidak menyangka yang naib presiden tersebut sudah bermain silap mata dibelakangnya.
Sememangnya Zahid yang bahasa Inggerisnya berterabur sudah mengatur langkah sejak video tersebut dibocorkan.
Itu permulaan dan pengakhiran yang menyebabkan penyingkiran Muhyiddin daripada Kabinet.
Siapa perdana menteri selepas Najib?
Mengikut hierarki kerajaan, timbalan perdana menteri adalah calon yang bakal naik menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, jika situasi tersebut berlaku ia menyebabkan tradisi dalam Umno di mana seorang timbalan presiden sepatutnya menjawat jawatan nombor dua dalam kerajaan tidak lagi terpakai.
Di sini kita boleh lihat mengapa Zahid memulakan langkah untuk menyingkirkan Muhyiddin.
Najib sudah memberi amanah kepada Zahid untuk menyelesaikan masalah dicetuskan Muhyiddin dengan sebaiknya.
Untuk mendiamkan Muhyiddin bukan satu tugas mudah, jadi Zahid memerlukan seorang lagi naib presiden yang setia kepada Muhyiddin membuat pusingan-U.
Bagaimanapun, Zahid sehingga kini belum dapat memujuk seorang naib presiden tersebut tapi yang pastinya ia bukan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin sudah berkelahi dengan Najib dan isterinya kerana isu perkahwinan anak perempuannya.
Sehingga kini, Hishammuddin membawa hati yang lara berkelana. Kalau diperhatikan, tidak ada satu kenyataan terbuka olehnya menyokong sepupunya itu.
Jika Zahid berjaya memujuk seorang lagi naib presiden dari Sabah, cita-citanya untuk naik menjadi perdana menteri sudah terbuka luas.
Persoalannya di sini, apakah pertuduhan yang bakal dibawa untuk menyingkirkan Muhyiddin?
Adakah naib presiden dari Sabah itu akan terima, itu masih menjadi tanda tanya?
Siapa untung dan rugi?
Yang paling untung sekarang adalah pastinya timbalan perdana menteri baharu, meskipun sekadar naib presiden Umno tapi sudah menjawat kedudukan penting dalam kerajaan.
Yang rugi ketika ini adalah timbalan presiden Umno, Muhyiddin dan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang tersingkir.
Tetapi lebih rugi adalah orang Umno sendiri kerana mereka mungkin tidak lagi menjadi kerajaan selepas ini jika Umno sendiri tewas dalam pilihan raya umum depan nanti.
Dua tahun bukan satu tempoh yang lama. – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=321492:bingkisan-disebalik-pergolakan-umno-siapa-untung-dan-rugi?&Itemid=2#ixzz3k4Kir5dO
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.