Sunday, August 9, 2015

'Jemputan sendiri' bawa Najib ke Pasir Gudang

Umno Pasir Gudang hari ini mendedahkan, mesyuarat tahunan perwakilan bahagian itu kali ini 'bertuah' kerana dirasmikan oleh presiden mereka sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih menarik, kedatangan Najib itu adalah atas 'undangan' beliau sendiri dan bukan kehendak bahagian berkenaan.

Mengumumkan perkara itu sebelum ketibaan Najib, ketua bahagian berkenaan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin menjelaskan, dua bulan lalu Presiden Umno berkenaan - melalui sekretariat parti - memaklumkan akan hadir untuk merasmikan mesyuarat agung tahunan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-