Pengerusi Gerakan Mahasiswa, Luqman Nul Hakim Zul Razali (tengah) menegaskan mereka tidak akan menghentikan protes selagi tuntutan tidak dilayan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.
Kumpulan Mahasiswa akan bersolidariti dan berhimpun di Balai Polis Jinjang di Kuala Lumpur sehingga rakan-rakan mereka yang ditahan di luar Parlimen semalam dibebaskan, kata Luqman Nul Hakim Zul Razali.
Pengerusi Gerakan Mahasiswa yang juga koordinator Langkah Siswa itu berkata, mahasiswa bertegas tidak akan menghentikan protes selagi tuntutan tidak dilayan.
"Kami juga menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda untuk bersolidariti di hadapan lokap Jinjang bermula hari ini jam 8 pagi.
"Kita nyatakan sokongan kepada sahabat-sahabat kita yang akan direman pada jam 10 pagi hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Luqman berkata mahasiswa juga mengecam sekerasnya tindakan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi ini.
Katanya, pencabulan yang dilakukan di hadapan Parlimen yang merupakan simbol demokrasi adalah satu tindakan yang memalukan.
"Kami hanya duduk dan bersolidariti menuntut demokrasi dikembalikan melalui 3 tuntutan.
"Apakah tindakan ini merupakan satu kesalahan besar? Apakah kesalahan ini lebih besar daripada mengambil RM2.6 bilion duit rakyat?," soalnya.
Kira-kira 10 malam tadi, satu tangkapan dibuat terhadap mahasiswa dan aktivis Langkah Siswa yang sedang berkhemah di hadapan Parlimen.
Seramai 16 orang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Pada Isnin kira-kira 30 mahasiswa meneruskan protes "Selamatkan Negara" dengan berikrar akan duduk di hadapan bangunan Parlimen sehingga Datuk Seri Najib Razak bersetuju meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Kumpulan yang menggelar diri mereka Langkah Siswa memulakan protes dengan berarak ketika hujan lebat bermula dari bangunan Bank Negara Malaysia di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur ke bangunan Parlimen.
Mereka kemudiannya berkhemah di luar Parlimen sehinggalah polis menahan mereka malam tadi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahasiswa-ikrar-berhimpun-di-jinjang-sehingga-aktivis-ditahan-dibebaskan#sthash.9qOGQ0mO.dpuf

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.