Friday, August 7, 2015

PKR Johor putuskan kerjasama dengan PAS?

Penubuhan GHB di Johor oleh bekas pemimpin Pas progresif juga memberi sebab utama PKR negeri itu mahu menjalinkan kerjasama sebagai pakatan pembangkang.

JOHOR BAHRU, 7 Ogos:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor akan memutuskan hubungan dengan Pas dan menyatakan sokongan mereka kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk meneruskan perjuangan mereka di negeri itu.

Difahakamkan, kerjasama antara PKR dan Pas di negeri itu dilihat ‘tidak berfungsi’ selepas parti Islam itu menyatakan pendirian untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar sebelum ini.

Sumber dari PKR berkata, penyatuan antara PKR dan Pas di Johor telah sampai ke tahap hilang arah.

“Ahli parti kami melihat hubungan ini tidak memberi apa-apa kelebihan, sebagaimana objektif di bawah Pakatan Rakyat sebelum ini yang lebih relevan.

“GHB dilihat lebih memberikan harapan kepada kami dan kami memutuskan untuk menyokong gerakan itu, sementara mengekalkan hubungan baik dengan DAP negeri,” dedah sumber itu kepada The Rakyat Post, hari ini.

Difahamkan hubungan antara Pas dan PKR negeri menjadi lebih teruk selepas pemimpin progresif parti itu diturunkan daripada jawatan mereka pada muktamar yang diadakan awal Jun tahun ini.

Bekas pemimpin Pas progresif negeri seperti Aminolhuda Hassan dan Dzulkefly Ahmad antara yang diturunkan jawatan.

Esok dijadualkan pelancaran rasmi GHB negeri yang diadakan di Taman Universiti Johor Bahru di mana pemimpin Pas Progresif seperti Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub dijadualkan hadir.

Sumber itu juga berkata, penubuhan GHB di Johor oleh bekas pemimpin Pas progresif juga memberi sebab utama PKR negeri itu mahu menjalinkan kerjasama sebagai pakatan pembangkang.

“Pemimpin GHB Johor sememangnya kami kenali dan banyak memberi sokongan terhadap perancangan yang dibuat.

“Mereka juga merupakan sekutu kuat kami pada dua pilihan raua umum sebelum ini dan mereka telah memberi kerjasama dan persefahaman dengan kami di Johor,” katanya.

Buat masa ini menurut sumber itu, ia tiada makna untuk parti itu meneruskan kerjasama dengan Pas di Johor kerana perbezaan agenda berikutan parti Islam itu agresif dalam melaksanakan hudud dan turut menyatakan sokongan kepada Umno dalam beberapa perkara.

Bagaimanapun sumber itu berkata, PKR Johor masih menunggu keputusan muktamad daripada pimpinan pusat berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy puah berkata, pimpinan parti itu mahukan kerjasama jangka panjang dengan GHB bagi meneruskan perjuangan parti.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/07/pkr-johor-putuskan-kerjasama-dengan-pas/#ixzz3i3NQkpeC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-