Showing posts with label Parti Keadilan Rakyat (PKR). Show all posts
Showing posts with label Parti Keadilan Rakyat (PKR). Show all posts

Wednesday, August 30, 2017

Rafizi buka pekung PKR

Chah
BUNGA-bunga perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ketara. Apatah lagi apabila Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sendiri mula membuka pekung dan aib parti kesayangan Anwar Ibrahim tersebut. Dan kita tahu bahawa untuk Rafizi berbuat sedemikian bukan lah mudah memandangkan beliau merupakan antara “hardcore” PKR yang menyerang kerajaan Barisan Nasional tanpa henti selama ini.

Beliau mendedahkan kepincangan di kalangan pucuk pimpinan parti itu, dengan berkata pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik yang berkuasa menentukan hala tuju parti sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati.

Perkara tersebut berlaku sejak Anwar Ibrahim dipenjarakan pada Februari 2015 dulu atas kesalahan jenayah liwat. PKR kini berada dalam keadaan yang cukup rapuh. Kepimpinan kanan PKR terlalu kerap membelakangi keputusan Biro Politik.

Ketika pilihan raya Sarawak pada Mei 2016, keputusan mengekalkan persetujuan pembahagian kerusi di kalangan anggota Pakatan yang ditandatangani Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali sendiri telah diabaikan sewenang-wenangnya.

Malah penyertaan Pakatan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar 2017 untuk membantu calon PAN turut dilengah-lengahkan sehingga memaksa Setiausaha Agung PKR mengeluarkan arahan supaya jentera parti turun membantu PAN “tanpa menunggu keputusan Biro Politik yang tidak kunjung tiba”.

Ironinya Rafizi dilihat terpaksa mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam PKR hanya semata-mata diselar oleh Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin. Beliau menyelar Rafizi kerana mempersoalkan keputusan parti untuk mengadakan rundingan dengan PAS, dengan berkata beliau sudah lama tidak hadir dalam mesyuarat Biro Politik.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad memecat ketua Pemuda PKR Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran melalui pesanan dalam aplikasi WhatsApp hanya berdasarkan memorandum yang mempertikaikan pendirian Pemuda PKR Kelantan meneruskan hubungan dengan kerajaan PAS Kelantan.

Ini yang kita umpamakan ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Peraturan yang sama namun hanya terpakai di Kelantan manakala di Selangor pula “unang-undang” tersebut dilihat tidak terpakai memandangkan ianya tidak memberi kelebihan kepada PKR.

Monday, May 23, 2016

Nik Abduh kecam Azmin Ali kurang ajar




Nik Abduh
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana bersikap kurang ajar dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak menyangka Menteri Besar Selangor akan berkata seperti itu ke atas Presiden PAS yang juga seorang tokoh ulama.

Beliau turut membayangkan kenyataan Mohamed Azmin itu senada dengan pihak yang sering memperlekehkan golongan ulama.

“Ada jugak orang politik kata ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal agamanya,”katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin berkata beliau “bersimpati” dengan Presiden PAS yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.

Ini kerana, dakwa beliau, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS iaitu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

DAP pada Januari lalu pula menyifatkan Abdul Hadi sebagai manusia mengarut dan dangkal apabila menyatakan DAP menyokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana ekonomi dikuasai kaum Cina.

Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng dipetik berkata, dakwaan ulama PAS tersebut tidak berasas, malah tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan dimiliki Presiden PAS itu sebagai pemimpin sebuah parti politik.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula pernah mempertikaikan nilai keislaman Abdul Hadi dengan menyatakan sikap Abdul Hadi bukan ajaran Islam atau mana-mana agama di negara ini. –Mynewshub.cc

Saturday, November 7, 2015

Musuh ketat boleh pula bantah polis siasat Mahathir

Anwar
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merengkok dalam penjara kerana meliwat membantah tindakan polis menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lucunya beliau yang juga musuh politik Mahathir mengambil pendirian berbeza untuk sokong Mahathir kali ini memandangkan bekas Perdana Menteri itu ada cita-cita sama dengannya iaitu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya memandang serius berita Mahathir jadi subjek penyiasatan polis dan disoal pihak polis pada 6 November 2015. Dia tidak melakukan sebarang jenayah apabila menyuarakan kritikan terhadap Perdana Menteri,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan itu menerusi satu perutusan dari penjara yang disiarkan oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil hari ini.

Anehnya, Anwar sebelum ini lantang ‘menghentam’ Mahathir dengan memberi pelbagai gelaran hina hanya kerana dipecat daripada jawatan pada 1998 lalu ekoran kes liwat pertama dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Benarlah kata Mahathir sendiri menerusi puisi terkenalnya bertajuk ‘Melayu mudah lupa’, Anwar sanggup berbuat apa sahaja waima terpaksa bersahabat semula dengan seteru tegar politiknya sejak dua dekad lalu, Mahathir!

Media sebelum ini melaporkan, polis telah mengambil keterangan Mahathir berhubung kenyataannya yang berbaur fitnah semasa menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara pada 30 Ogos lalu.

Bekas Perdana Menteri itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana polis menerima aduan Mahathir membuat fitnah kononnya terdapat Ketua UMNO Bahagian menerima rasuah

Bersih 4.0 dianjurkan oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan melampau termasuk hak mengamalkan gaya hidup gay dan lesbian.

Anwar dalam pada itu turut membayangkan seorang bekas Perdana Menteri tidak wajar dilayan oleh pihak berkuasa seperti itu meskipun terdapat aduan polis dikemukakan ke atasnya.

“Jika ini caranya Mahathir dilayan, hak demokrasi orang ramai untuk mengkritik kerajaan dalam bahaya. Saya menyeru gangguan ke atas Mahathir yang hanya menjalankan tugas menyuarakan tentang salah laku kerajaan dihentikan,” katanya. –Mynewshub.cc

Sunday, October 11, 2015

Kamaruddin Jaafar ganti Rafizi ?

FMT Reporters

Pelantikan Ahli Parlimen Tumpat yang baharu menyertai PKR itu dikatakan berkuatkuasa November ini bagi menjaga hati Rafizi.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang baharu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September lalu dikatakan bakal menggantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR.

Pelantikan Kamaruddin atau dikenali gelaran KJ dikatakan akan berkuatkuasa pada November ini.

Dikatakan 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah menyokong pelantikan KJ kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Rafizi yang didakwa sering membelakangkan pemimpin PKR lain dalam membuat keputusan terutama melibatkan sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan.

Memetik laporan Malaysia-Chronicle, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberi persetujuan pertukaran itu bagi memastikan krisis dalaman parti tidak terus berlanjutan.

Rafizi, Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden PKR dilantik sebagai Setiausaha Agung selepas parti itu selesai mengadakan pemilihan menggunakan sistem satu ahli satu undi pada tahun lalu.

Jika dakwaan itu benar, Rafizi bakal menjadi Setiausaha Agung paling singkat dalam sejarah parti itu.

Seramai 25 Ahli MPP bakal menghadiri mesyuarat tergempar pada Ahad (hari ini) bagi membincangkan semula sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Wan Azizah pada 22 September lalu.

Mereka dikatakan tidak puas hati kerana Sidang Meja Bulat pada hari berkenaan sepatutnya hanya membincangkan kerjasama antara parti pembangkang dan NGO selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan tidak wujud lagi.

Jumaat lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan Rafizi akan digugurkan sebaliknya menyifatkan berita itu fitnah dan spekulasi semata-mata.

Friday, August 7, 2015

PKR Johor putuskan kerjasama dengan PAS?

Penubuhan GHB di Johor oleh bekas pemimpin Pas progresif juga memberi sebab utama PKR negeri itu mahu menjalinkan kerjasama sebagai pakatan pembangkang.

JOHOR BAHRU, 7 Ogos:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor akan memutuskan hubungan dengan Pas dan menyatakan sokongan mereka kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk meneruskan perjuangan mereka di negeri itu.

Difahakamkan, kerjasama antara PKR dan Pas di negeri itu dilihat ‘tidak berfungsi’ selepas parti Islam itu menyatakan pendirian untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar sebelum ini.

Sumber dari PKR berkata, penyatuan antara PKR dan Pas di Johor telah sampai ke tahap hilang arah.

“Ahli parti kami melihat hubungan ini tidak memberi apa-apa kelebihan, sebagaimana objektif di bawah Pakatan Rakyat sebelum ini yang lebih relevan.

“GHB dilihat lebih memberikan harapan kepada kami dan kami memutuskan untuk menyokong gerakan itu, sementara mengekalkan hubungan baik dengan DAP negeri,” dedah sumber itu kepada The Rakyat Post, hari ini.

Difahamkan hubungan antara Pas dan PKR negeri menjadi lebih teruk selepas pemimpin progresif parti itu diturunkan daripada jawatan mereka pada muktamar yang diadakan awal Jun tahun ini.

Bekas pemimpin Pas progresif negeri seperti Aminolhuda Hassan dan Dzulkefly Ahmad antara yang diturunkan jawatan.

Esok dijadualkan pelancaran rasmi GHB negeri yang diadakan di Taman Universiti Johor Bahru di mana pemimpin Pas Progresif seperti Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub dijadualkan hadir.

Sumber itu juga berkata, penubuhan GHB di Johor oleh bekas pemimpin Pas progresif juga memberi sebab utama PKR negeri itu mahu menjalinkan kerjasama sebagai pakatan pembangkang.

“Pemimpin GHB Johor sememangnya kami kenali dan banyak memberi sokongan terhadap perancangan yang dibuat.

“Mereka juga merupakan sekutu kuat kami pada dua pilihan raua umum sebelum ini dan mereka telah memberi kerjasama dan persefahaman dengan kami di Johor,” katanya.

Buat masa ini menurut sumber itu, ia tiada makna untuk parti itu meneruskan kerjasama dengan Pas di Johor kerana perbezaan agenda berikutan parti Islam itu agresif dalam melaksanakan hudud dan turut menyatakan sokongan kepada Umno dalam beberapa perkara.

Bagaimanapun sumber itu berkata, PKR Johor masih menunggu keputusan muktamad daripada pimpinan pusat berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy puah berkata, pimpinan parti itu mahukan kerjasama jangka panjang dengan GHB bagi meneruskan perjuangan parti.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/07/pkr-johor-putuskan-kerjasama-dengan-pas/#ixzz3i3NQkpeC

Tuesday, June 30, 2015

Lagi kesah hartanah MARA di Australia

MARA bayar RM27 lebih untuk beli hartanah di Australia
Jelas apabila MARA membelinya dengan harga AUD$31 juta (RM89.68 juta), ada pihak yang membuat untung, kata Rafizi.

KUALA LUMPUR, 30 Jun:

MARA didakwa membayar tambahan RM27 juta berbanding dengan jumlah yang dibayar oleh pemilik sebelumnya untuk membeli hartanah di 333 Exhibition Street di Australia.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli menerangkan hartanah itu dibeli oleh Quintessential Equity pada harga AUD$17.5 juta (RM50.63 juta) sebelum diubah suai.

Pengarah National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) ia kemudian dijual kepada satu syarikat yang tidak dinamakan pada harga AUD$22 juta (RM63.64 juta).

“Jelas apabila MARA membelinya dengan harga AUD$31 juta (RM89.68 juta), ada pihak yang membuat untung,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa hartanah itu disembunyikan di bawah tiga syarikat berasingan.

Rafizi berkata empat hartanah yang dibeli di Melbourne bernilai RM375.4 juta.

Empat hartanah itu adalah 746 Swanston Street (RM138.6 juta), Dudley International House (RM67.2 juta), 333 Exhibition Street (RM99.2 juta) and 51 Queen Street (70.4 juta).

- Berita selanjutnya menyusul

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/30/mara-bayar-rm27-lebih-untuk-beli-hartanah-di-australia/#ixzz3eWOLURUz

Wednesday, June 17, 2015

PKR penentu nasib Kerajaan Selangor, Pulau Pinang

FMT Reporters

Keputusan PKR sama ada kekal atau keluar PR akan menentukan dua negeri yang dikuasai PR selamat atau sebaliknya.
PETALING JAYA: Masa depan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang kini bergantung sepenuhnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sekiranya PKR juga menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR) maka Kerajaan Selangor akan berhadapan masalah besar.

Katanya, jika PKR membuat keputusan kekal bersama PR, parti itu perlu membuat pendirian sama ada menerima atau tidak DAP dalam pentadbiran negeri.

“Kini terpulang kepada PKR untuk menentukan nasib kerajaan Selangor.

“Jika PKR kekal bersama Pas dalam PR, mereka juga perlu menyatakan pendirian terhadap erajaan Pulau Pinang.

“Peranan PKR akan menentukan negeri manakah akan goyah sama ada Selangor atau Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan Facebook Dewan Ulama Pas Pusat.

Mohd Zuhdi berkata, DAP terpaksa menarik diri daripada PR selepas segala usaha provokasi terhadap Pas supaya keluar pakatan pembangkang tidak berjaya.

Katanya, DAP keluar pakatan pembangkang bukan perkara baru kerana pada 2002, parti itu menarik diri daripada Barisan Alternatif (BA) meninggalkan Pas dan PKR berdepan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2004 dan 2008.

Tuesday, April 28, 2015

Oh Azizah............

Datuk Seri Wan Azizah mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menarik pengundi pada PRK Pauh walaupun pencalonannya mempunyai pelbagai kisah.

COMMENT
Oleh Nila Kanna

PETALING JAYA:Pengumuman calon pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh daripada Pakatan Rakyat (PR) tidak mengejutkan kerana seperti dijangka, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dipilih sekali lagi menjadi calon.

Sejak diumumkan, pelbagai kisah menyelubungi Presiden Parti Keadilan rakyat (PKR) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. Bersama-sama kipas tangannya, Wan Azizah dilihat semakin ‘muda’ dari segi penampilan dalam mendekati rakyat.

Tidak dimakan usia dengan imej kipas di tangan menjadi imej beliau sejak dulu turut menjadikan dirinya perhatian.

Disebalik penerampilan tersendiri, timbul persoalan bagaimana penerimaan rakyat serta pengundi Permatang Pauh dengan percaturan semula PR atau khususnya PKR dengan meletakkan Wan Azizah sebagai calon?

Jikalau diperhati secara mendalam, mengikut laporan-laporan media, tidak kira media arus perdana ataupun alternatif, banyak pihak yang mempertikaikan kemampuan Wan Azizah untuk kembali berkhidmat di Permatang Pauh, selepas beliau memberi laluan kepada Anwar, sebaik bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara, beberapa tahun lalu.

Ramai yang berpendapat Wan Azizah sudah ‘tidak boleh dijual’ lagi selepas beberapa episod keluar masuknya di Permatang Pauh untuk kepentingan peribadi sehingga menjadikan pengundi di kawasan itu sebagai mangsa.

Tidak ketinggalan bagi mereka yang masih utuh dengan parti PR kerana mereka mengundi parti dan bukan calon. Selagi ia parti pembangkang, pangkah sahaja, muka calon pun tidak kisah.

Tetapi keadaan itu semakin berubah dan bercampur-campur kerana mungkin disebabkan kemelut dalaman parti PR sendiri yang sudah pincang di dalamnya. Ia kelihatan seperti kertas yang sudah koyak robak ditampal secantik mungkin untuk elak cacat celanya kelihatan jelas.

Ramai yang beranggapan, dinasti suami isteri itu sudah cukup, sudah terlebih masak dengan peredaran masa kini.

Mengimbas penyertaan Wan Azizah dalam arena politik negara, ia bermula seawal tahun 1998 selepas suaminya dipecat dan ditangkap pada September 1998. Dari situ juga lahir satu gerakan reformasi yang akhirnya membentuk satu parti politik,PKR.

Rentetan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan pesaing politik pertamanya, Datuk Seri Ibrahim Saad dalam pilihanraya tahun 1999 dengan majoriti 9,077 undi. Kerusi itu terus berada ditangannya dan menjadi salah satu satu kubu kuat PKR.

Pada Julai 2008, Wan Azizah bagaimanapun memilih untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar kononya untuk memberi tumpuan terhadap keluarga, iaitu untuk menjaga cucunya.

Tanggungjawabmenjaga cucu lupus selepas strategi yang disusun untuk memberi laluan kepada Anwar untuk mencapai hasratnya menjadi Menteri Besar Selangor gagal dan Wan Azizah terpaksa menjadi calon pilihan raya kecil Kajang sekali gus menjadi ADUN sehingga ke hari ini.

Kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam parti PKR dan PR lagi-lagi pada PRK kali ini.

Terdapat desas-desus yang mengatakan pemilihan Wan Azizah itu tidak direstui Ahli Majlis Tertinggi PR. Pencalonannya dibuat setelah dikatakan tiada calon lain yang lebih layak.

Ramai yang menjangkakan Permatang Pauh mungkin akan kecundang tatkala pengundi bosan dan muak dengan permainan politik suami isteri, namun secara pratikal kubu kuat Wan Azizah dan Anwar tidak mungkin runtuh begitu sahaja.

Pengaruh kedua-dua nama yang kuat bukan sukar dimalapkan, tetapi jikalau adapun, penurunan majoriti undi yang kemungkinan besar akan berlaku. Jika wujud beza besar dalam majoriti undi (maksudnya majoriti mengecil), itu sudah cukup menjadi amaran untuk Wan Azizah supaya tidak bermain-main di gelanggang politik dengan memperalatkan pengundi.

Malah, ia juga petanda kepada parti itu bahawa para pengundi termasuk yang bukan pengundi naik jemu dan menggunakan peluang PRK sebagai satu ‘amaran’ yang keras dan serius.

Tetapi jika sebaliknya berlaku, maka kita boleh lihat Wan Azizah dan Anwar akan terus mengambil peluang di atas ‘takhta’ pengundi yang bukan sekadar percaya kepada kempimpinan mereka tetapi betapa kuatnya parti pembangkang di Malaysia.

Ia juga akan menggambarkan kehebatan PR berhadapan dengan pilihanraya akan datang dan peluang untuk bersinar pada tahap paling gah.

Nila Kanna ialah bekas wartawan dan pembaca FMT

Sunday, April 19, 2015

Apa sudah jadi himpunan #KitaLawan?

FMT Reporters
#KitaLawan berbasikal mengelilingi bandar raya Kuala Lumpur bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu hanya disertai 25 peserta termasuk Nurul Nuha Anwar.
KUALA LUMPUR: Apa sudah jadi dengan Perhimpunan #KitaLawan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin tidak mendapat sambutan.

Walaupun pelbagai usaha dan idea baru digunakan untuk menarik penyertaan orang ramai khususnya anak muda, namun ia masih gagal.

Terbaru, idea berarak menaiki basikal yang bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu, hanya disertai 25 peserta termasuk anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha.

Begitupun, kumpulan anak muda ini yang memakai serba hitam tetap bersemangat mengelilingi bandar raya dengan memakai baju serba hitam yang tertera ‘Kita lawan sampai menang’.

Biarpun sambutan dingin, Sekretariat #KitaLawan optimis anak muda menyokong misi yang dibawa iaitu menentang GST yang membebankan rakyat.

Anggota Sekretariat, Akmal Nasir berkata, bilangan peserta bukan ukuran kerana aktiviti ini dikongsi pengguna laman sosial.

“Kehadiran peserta kali ini berkemungkinan disebabkan mereka tidak memiliki basikal selain sibuk di hujung minggu,” katanya.

Dia berkata, himpunan #Kitalawan akan tetap diteruskan setiap minggu dan pada minggu hadapan akan diadakan di Pahang dan Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Wednesday, April 15, 2015

'Demi Rakyat, Bantah GST dan Tegakkan Keadilan' slogan kempen PKR di PRK Permatang Pauh

Anak perempuan Anwar, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat Guar Perahu pada Selasa malam. - Foto TRP/Adib Hakim

PERMATANG PAUH, 15 April:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa malam melancarkan Jentera PRK (Pilihan Raya Kecil) Parlimen Permatang Pauh dan mengumumkan slogan “Demi Rakyat, Bantah GST dan Tegakkan Keadilan” dipilih untuk kempen parti berkenaan serta Pakatan Rakyat (PR).

Pada majlis yang berlangsung jam 8.30 malam di Dataran Rakyat Guar Perahu, bersebelahan Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh itu bekas pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman dilantik sebagai Pengarah PRK Permatang Pauh.

Beliau akan dibantu oleh tujuh ahli PR dari semua parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu.

Sekurang-kurangnya 10 pemimpin PR dari PKR, DAP dan PAS berucap pada majlis berkenaan termasuk Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
Kesemua mereka berikrar untuk komited berusaha mempertahankan Permatang Pauh.
Slogan “Demi Rakyat, Bantah GST & Tegakkan Keadilan” dipilih untuk kempen jentera PKR serta Pakatan Rakyat (PR). – Foto Twitter ADUN Taman Medan, Haniza Talha @hanizat

Dalam pada itu, majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK Permatang Pauh itu dilihat diadakan tanpa penglibatan pemimpin tertinggi PAS Pusat.

Ia dihadiri kesemua pemimpin tertinggi PKR dan Setiausaha Agung DAP, Guan Eng, namun PAS hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Ketika berucap, Mujahid berkata Timbalan Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, tidak dapat hadir pada majlis tersebut berikutan alasan yang tidak dapat dielakkan.

“Walaupun Timbalan Presiden kita tidak dapat hadir, PAS negeri akan memberi 101 peratus sokongan kepada PKR dalam PRK Permatang Pauh. PAS komited dengan rakannya dalam pakatan pembangkang,” kata Mujahid.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, manakala penamaan calon pada 25 April dan pengundian awal pada 3 Mei.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lepas, yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/15/demi-rakyat-bantah-gst-tegakkan-keadilan-slogan-kempen-pkr-di-prk-permatang-pauh/#ixzz3XL2wIFxM

Tuesday, April 14, 2015

PKR lancar jentera PRK Permatang Pauh malam ini sempena tarikh "Black 14"

Wan Azizah yang pernah menjadi wakil rakyat Parlimen Permatang Pauh hampir tiga penggal apabila menggantikan suaminya Anwar pada 1999 sebelum meletak jawatan pada Julai 2008 bagi memberi laluan Anwar mengambil alih semula Parlimen itu kini sudi menggantikan Anwar sekali lagi. - Foto Facebook Dr Wan Azizah Ismail.

KUALA LUMPUR, 14 April:

Seperti yang dijanjikan, hari ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melancarkan Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P44 Permatang Pauh.

Tarikh hari ini sengaja dipilih sebagai simbolik sempena tarikh 14 April 1999 yang digelar sebagai “Black 14′′ oleh penyokong PKR kerana bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah disabitkan bersalah atas empat pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin malam, Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, PKR bersama rakan komponen dakam Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan Jentera Pilihan Raya pakatan pembangkang bagi PRK Parlimen Permatang Pauh pada jam 8.30 malam ini.

Majlis pelancaran itu akan dilangsungkan di Dataran Rakyat Guar Perahu, bersebelahan Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh, di Jalan Taman Guar Perahu.

“KEADILAN berbesar hati untuk menjemput seluruh rakyat dan rakan-rakan media bagi menghadiri majlis pelancaran ini.

“Jentera KEADILAN telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil ini,” kata Dr Afif Bahardin yang juga Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Seberang Jaya.

Beliau menegaskan, kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kubu terpenting untuk perjuangan PKR selama ini.

“Selain menjadi kerusi parlimen kepada Ketua Umum (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim – Permatang Pauh adalah nama yang dipilih untuk disematkan kepada Deklarasi Permatang Pauh – gagasan besar kepada perjuangan Reformasi dan KEADILAN,” kata beliau dalam kenyataan berkenaan.

“Pilihan Raya Kecil ini sangat penting di dalam usaha meneruskan agenda Reformasi dan masa yang sama memberi mesej jelas bahawa segala bentuk kezaliman, kepincangan, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) ditentang,” tambahnya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas satu mesyuarat khas pada 8 April lalu mengumumkan bahawa PRK Parlimen Permatang Pauh akan bermula dengan proses penamaan calon pada 25 April, diikuti pengundian awal pada 3 Mei, sebelum disusuli hari mengundi pada 7 Mei.

Ia diadakan ekoran penyandangnya Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas gagal dalam peringkat terakhir proses perundangan apabila petisyen memohon pengampunan diraja daripada Yang Dipertuan Agong yang difailkan oleh keluarganya ditolak oleh Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu.

PRK ini dijangka sengit kerana BN melalui UMNO sudah menyatakan komitmen meletakkan calonnya bertanding, selepas tidak berbuat demikian pada PRK Dewan Undangan Negeri Chempaka pada 22 Mac lalu.

Sementara itu di pihak PKR, Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Ismail pada 2 April sudah menyatakan kesediaan beliau untuk kembali menjadi wakil rakyat Parlimen Permatang Pauh yang beliau serahkan kepada Anwar pada 2004.

Bagaimanapun katanya keputusan itu akan ditentukan oleh kepimpinan PKR melalui satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu Wan Azizah yang juga ADUN Kajang tidak menolak mengenai khabar angin mengatakan anak perempuan keduanya, Nurul Nuha Anwar turut berminat menjadi calon dalam PRK Permatang Pauh.

Namun, beliau menjelaskan perkara itu juga akan ditentukan melalui mesyuarat PKR berkenaan selain perlu mendapat restu Majlis Pimpinan PR.

Wan Azizah sebelum ini telah bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 di Parlimen Permatang Pauh selepas suaminya Anwar dipenjara atas kesalahan salah guna kuasa.

Beliau ketika itu menewaskan calon BN, Datuk Seri Ibrahim Saad dengan majoriti 9,077 undi.

Dalam PRU berikutnya pada 2004, beliau berjaya mempertahankan kerusi parlimen tersebut setelah menang tipis dengan majoriti kecil menewaskan calon BN, iaitu bekas imam besar Masjid Negara, Firdaus Ismail.

Seterusnya pada PRU 8 Mac 2008, Wan Azizah yang sekali lagi dicabar Firdaus tetap dapat mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh, kali ini mewakili PKR selaku komponen Pakatan Rakyat (PR), yang juga disertai oleh PAS dan DAP.

Beliau seterusnya dilantik selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Namun tidak sampai lima bulan kemudian, pada 31 Julai 2008, beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang bagi memberi laluan kepada Anwar yang tamat tempoh lima tahun larangan bergiat cergas dalam politik selepas keluar dari penjara pada 2004 mengambil alih semula Permatang Pauh.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/14/pkr-lancar-jentera-prk-permatang-pauh-malam-ini-sempena-tarikh-black-14/#ixzz3XEsuUX12

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-