Oleh RZ
BANGI, Ahad – Rancangan pakatan harapan untuk menolak Bajet 2016, sekali gus menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan itu, bakal tersekat, lapor portal Majlis Ahli Parlimen BN, BNBBC, hari ini.
Ini kerana, berdasarkan kenyataan yang dibuat sebelum ini, Pas sebulat suara mengambil sikap berkecuali terhadap usaha itu.
Ketika mendedahkan rancangan itu, portal berkenaan berkata, tanpa 14 Ahli Parlimen PAS dan kemungkinan Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga bersikap berkecuali, pembangkang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) hanya mempunyai 73 undi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.
Jumlah kerusi pakatan pembangkang itu juga kurang satu lagi selepas Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, baru-baru ini.
Bilangan kerusi Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat ketika ini adalah 134.
Menurut portal itu, parti rasis dan cauvinis DAP tentu paling marah dengan keputusan Pas yang diumumkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.
“Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.
“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas menyertai Program Dialog Rakyat Bersama Pas di Hotel Tanjung Vista, di sini, semalam.
Tanpa menunggu panjang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Geng menuduh Pas bekerjasama dengan BN.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang kesal dengan tindakan Pas untuk menolak Bajet 2016 sekali gus sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan parti Islam itu jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini untuk bersama parti pembangkang.
“Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan PasS, bukan sahaja rakyat Malaysia namun penyokong mereka.
“Dahulu undi PAS adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN,” katanya Guan Eng seperti dilaporkan portal berkenaan
Sekurang-kurangnya dengan pendekatan terbaru Pas, niat pakatan harapan mahu menolak bajet yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu dijangka hanya tinggal harapan setelah ia tergendala di tengah jalan.
Walaupun sebelum ini, pembangkang cuba menarik sokongan Ahli Parlimen BN bagi tujuan menolak bajet ketika pengundian nanti, tanpa pembabitan Pas dan Khalid, adalah mustahil pakatan harapan boleh menarik seramai 40 Ahli Parlimen BN menyokong mereka.
Mungkin selepas ini serangan pakatan harapan terhadap Pas semakin meningkat dan tidak mustahil ada antara mereka nanti akan menuduh Pas dibayar untuk berkecuali dengan rancangan buruk pembangkang itu, kata portal berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.