Minderjeet Kaur
Setiausaha Agung PKR itu berkata parti akan menentukan samada patut serah maklumat kepada SPRM
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata bukti dakwaan rasuah di Selangor kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata parti akan menentukan langkah susulan dan samada maklumat itu patut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Barangkali, perkara itu akan diangkat ke peringkat parti esok malam,” katanya.
Sebelum ini, pesanan WhatsApp Rafizi dalam perbualan tertutup ahli parti dan penyokong Reformasi, berkenaan dakwaan permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan Selangor, telah dibocorkan.
Dalam satu kenyataan Jumaat lepas, Rafizi mengesahkan dakwaan rasuah itu bersifat khusus, namun ia tidak ditujukan kepada mana-mana ADUN atau pegawai kerajaan dalam mana-mana jabatan kerajaan negeri.
Rafizi berkata pesanan yang dibocorkan itu merupakan satu peringatan bahawa rasuah tidak boleh dipandang ringan.
“Itu yang selalu saya ingatkan pada parti,” katanya.
Ketika ditanya samada beliau mempunyai bukti dakwaan rasuah di Selangor, Rafizi berkata: “Bila saya kata saya ada bukti, saya ada banyak bukti.”
Bagaimanapun, katanya, ada sebahagian pihak berpendapat pendedahan isu ini tidak kena pada masanya.
Rafizi menjawab masyarakat cukup bijak untuk menghakimi isu yang dibangkitkan dan ditangani.
Ahli Parlimen Pandan juga berkata beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap individu yang membocorkan pesanan WhatsApp itu kerana apa yang dinyatakan secara tertutup patut dinyatakan secara terbuka.
“Saya akan bercakap perkara yang sama di dalam dan luar parti. Adakalanya, ia diluar konteks. Tetapi itu sesuatu yang boleh kita perjelaskan,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Rafizi berkata apabila seseorang itu memegang satu-satu jawatan, individu itu perlu akui apa yang ditulis boleh terbocor ke pengetahuan orang ramai.
Beliau juga menyedari pendiriannya berkenaan satu-satu isu itu berlainan daripada orang lain.
“Pendirian saya mengenai apa yang betul dan salah mungkin berbeza daripada orang lain. Saya percaya ahli parti perlu dilihat lebih bersih daripada bersih.”
“Jika tidak, apa bezanya kita dengan Barisan Nasional atau UMNO?”
Beliau menekankan pentingnya menjaga tindak-tanduk semasa berkhidmat supaya tidak menjadi perbualan orang ramai.
“Atau apabila spekulasi berlaku dan jika kita tidak memberi jawapan yang bagus, apa bezanya kita dengan (pengendalian) isu 1MDB,” katanya.
Maka atas sebab itu, kata Rafizi, beliau tetap menegaskan parti perlu menangani aduan yang diterima daripada masyarakat.
“Sekiranya mereka tidak bersetuju (dengan saya), elok beritahu pada saya. Ada aduan-aduan yang perlu parti tengok.
“Saya tidak mahu parti berkata ada aduan, tetapi tidak ada bukti jadi tiada tindakan boleh diambil.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Fenomena ini lah yang sangat mrnakutkan pemimpin2 UMNO. Tidak pernah dalam sejarah politik tanah air kite kaum kafir menyokong sebuah ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
photo hiasan Lembu korban terkorban Ber ribu2 ekor lembu telah terkorban pada hari raya pertama kedua dan ketiga. Tidak kurang pula warg...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.