Wednesday, August 16, 2017

Isa Samad bakal direman

Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

PEGAWAI SPRM membawa Isa (baju oren) untuk permohonan tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

BEKAS pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya, 9.08 pagi, hari ini ini untuk direman.

Isa dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan keadaan tangan bergari dan berbaju lokap.

Turut kelihatan isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan beberapa peguam dipercayai mewakili Isa.

Isa ditahan SPRM, semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya berhubung isu pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak dan Kensington, London.

SPRM dijangka memohon perintah reman terhadap Isa bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan, hari ini.

Dalam pada itu, perkarangan luar Mahkamah Majistret Putrajaya juga sesak dengan orang ramai termasuk pengikut dan ahli keluarga Isa yang hadir memberi sokongan.

Lebih 50 orang dilihat memenuhi perkarangan luar mahkamah, selain puluhan wartawan serta jurugambar pelbagai agensi berita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-