Saturday, December 23, 2017

Polis akan panggil Isa Samad

Mohd. Firdaus Ismail
23 Disember 2017 12:02 AM

NOOR RASHID
PULAU PINANG 23 Dis. - Polis mengesahkan satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes penipuan urusan pertukaran tanah milik Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pasukan berkenaan kini sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan polis akan memanggil bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

"Kita akan tengok dan jika ada keperluan kita akan dapatkan keterangan beliau (Mohd. Isa). Selepas beliau pulang ke Malaysia, kita akan dapatkan keterangannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini malam tadi selepas merasmikan program kayuhan amal anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, setakat ini satu laporan polis telah dibuat oleh pengurusan Felda berhubung perkara berkenaan.

"Kes ini disiasat sebagai penipuan dokumen mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-