Saturday, December 9, 2017

Salah pilihan padah menanti kelak

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
9 DISEMBER 2017
Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR -   Wanita Umno mengingatkan rakyat agar bijak membuat pilihan ketika mengundi dalam PRU14 nanti.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sekiranya rakyat 'tersilap' membuat pilihan 'padah menanti mereka kelak'.

'Ucapan dasar saya dikecam habis-habisan oleh pembangkang.

"Yang benar selalunya pahit, begitulah hakikat yang tidak dapat diterima oleh pembangkang di luar sana...Jadi rakyat Malaysia hanya ada dulu pilihan, sama ada pilih BN yang diterajui Najib Tun Razak atau Nauzubillah, DAP yang menguasai pembangkang," katanya pada sisi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, pada Perhimpunan kali ini Wanita pada tahun ini bersidang dengan jiwa yang luar biasa.

"Bergegar Dewan Tun Dr Ismail dengan laungan Perang Mesti Menang! Tanda sedia wanita ke medan juang PRU14, menunggu tarikh keramat untuk diumumkan," katanya.

Katanya, sebab itu Pilihanraya kali ini bakal menjadi sejarah apabila buat pertama kalinya Umno dikuasakan oleh setengah juta jentera bersepadu.

"Inilah Jalinan Rakyat (JR) yang bekerja dengan lebih berfokus untuk mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan disokong JR Plus, gabungan tenaga antara Pemuda dan Puteri Umno serta parti-parti komponen BN yang telah direalitikan oleh Datuk Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada April tahun ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-