
2 FEB: Walaupun mengakui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menanggung hutang berjumlah RM42 bilion, namun Perdana Menteri melahirkan keyakinan bahawa ia mampu dijelaskan.
“Jangan fitnah kata RM42 bilion lesap. RM42 bilion tak lesap. Itu hutang. Hutang boleh kita lunaskan melalui aset yang lebih.
“Kalau tak betul, kita betulkan. Kalau ada kepincangan kita ambil tindakan,” kata Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Khas Haji PM tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Putra di Putrajaya, hari ini.
Sementara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerugian jual beli mata wang asing (FOREX) Bank Negara Malaysia yang dilakukan bekas pemimpin negara sebelum ini berjumlah RM31 bilion lebih besar kerugiannya.
“Itu kerugian forex berjumlah RM31 bilion itu lebih besar kerugian kepada negara kita.
“Dalam zaman siapa? Dalam zaman orang yang kata kononnya haji tajaan 1MDB ini tidak mabrur, Tuhan tak terima,” ujarnya.
Kenyataan Najib dipercayai merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan,Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri pada era 80 an sehingga 2003.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.