Showing posts with label Mahathir Mohamad. Show all posts
Showing posts with label Mahathir Mohamad. Show all posts

Saturday, June 13, 2020

PR Gaduh, PH Gaduh, PH+ Pun Gaduh Jugak

rhg
June 12, 2020


Itulah sembang bakal kerajaan yg dijenamakan semula yang dikenali senagai Kerajaan PH Plus. Belum pun sampai seminggu mesyuarat majlis presiden berlangsung kununnya nak buat ‘comeback’ ke Putrajaya dah bergaduh semula. Bukan soal perebutan kerusi parlimen, tp soal asas kepimpinan pakatan itu sendiri.

 Perangai masing-masing yang masih gila nak jadi perdana menteri, kini turun pula kepada pemimpin parti yg lain. Mazlee Malik dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Malaysiakini telah menyelar Anwar dengan mengatakan bahawa jawatan PM bukan hak mutlak Anwar. Bagaimanapun kenyataan Mazlee ini dibalas oleh Nik Nazmi yang dikenali sbg antara panglima perang Anwar, membalas dengan berkata ia juga bukan hak mutlak Mahathir

Inilah drama pertama Pakatan PH Plus menjelang babak – babak awal dalam episod terbaru wayang mereka. Mereka yang sebelum ini masing – masing mendakwa bahawa mendapat sokongan yang cukup untuk mengambil alih semula Putrajaya seawalnya pada bulan Julai nanti.

 Kita nak maklumkan dan beri peringatan kepada pelakon – pelakon politik berkenaan, jika mereka mendapat sokongan 2/3 sekali pun, kerajaan yg tidur sebantal dan tetapi mimpi lain-lain ini takkan stabil dan kekal lama. Apakah akibat kesannya terhadap pentadbiran kerajaan, pada ekonomi negara dan pada kebajikan rakyat selanjutnya

Cukuplah 22 bulan kita memberi peluang kepada kerajaan paling ceroi dalam dunia ini. Mereka buka mahu mentadbir tetapi hanya mahu berpolitik 24/7. Apa dasar dan perancangan kerajaan PH pernah laksanakan memberi kesan yang besar pada rakyat? Jawapannya hampir tiada melainkan hanya merebranding segala usaha dan jasa kerajaan BN dahulu.

Tetapi kita perlu akui bahawa mereka benar – benar pakar menjual aset dan hasil negara sewenang – wenangnya dan pakar menambang hutang negara. Ini memang kita akui dan kita tabik spring pada mereka. Kalau tidak takkan cita – cita mencapai hutang negara 1 trillion ringgit dan meningkatkan semula belanjawan defisit negara hampir tercapai dengan jayanya selama 22 bulan ini.

Aman Yatim

Tuesday, June 5, 2018

Peguam Negara : Azmin mahu dapatkan penjelasan dari Anwar

Abdul Yazid Alias
05 Jun 2018 2:27 PM
MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melambai kepada pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini. - UTUSAN ONLINE/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 5 Jun - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mendapatkan maklumat terperinci daripada Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berhubung isu pelantikan peguam kanan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Menurutnya, buat masa ini tidak mendapat maklumat lanjut mengenai pertemuan berkenaan yang difahamkan berlangsung pada malam semalam sehingga awal pagi ini di Istana Negara.

“Bagaimanapun, saya akan dapatkan penjelasan lanjut dan maklumat terkini daripada beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Anwar pada pukul 3 petang ini dan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu,” katanya yang tidak menjelaskan dengan lanjut mengenai pertemuannya dengan Anwar pada hari ini.

Malam semalam, Anwar dilapor menghadap Sultan Muhammad V bagi membincangkan isu pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong dilapor tidak memperkenan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencalonkan hanya satu nama sahaja iaitu Tommy untuk dilantik memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan bertarikh 4 Jun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilapor memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara.

Terdahulu, Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kira-kira lebih dua jam bagi membincang serta menyelesaikan masalah pentadbiran negeri di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini. 

Sunday, April 22, 2018

Ahli PKR bantah Dr M tanding atas tiket PKR

Bernama |
April 22, 2018

Mereka mendakwa 60% daripada 200,000 ahli PKR kecewa dengan keputusan itu dan membantah logo PKR digunakan bekas perdana menteri itu.
Kira-kira 50 ahli PKR berkumpul secara aman di depan ibu pejabat PKR, semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kira-kira 50 ahli PKR di peringkat akar umbi dari seluruh negara membantah keputusan pimpinan tertinggi parti membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mereka membuat bantahan itu dengan berhimpun secara aman di depan ibu pejabat PKR.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Bukit Gantang, Muhamad Faisal Zainal mendakwa 60% daripada 200,000 ahli PKR kecewa dengan keputusan itu dan membantah sekeras-kerasnya logo parti itu digunakan bekas perdana menteri itu.

“Kami tidak bersetuju, tetapi pimpinan parti tidak mahu mendengar suara akar umbi.

“Ingat PKR tertubuh pada 1999 atas kezaliman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Membenarkan Dr Mahathir menggunakan logo parti dan mengangkat beliau kembali menjadi perdana menteri adalah satu tindakan sangat tidak berprinsip,” katanya selepas himpunan aman itu, semalam.

Faisal turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kakitangan di ibu pejabat PKR dan menyeru pimpinan tertinggi parti mengkaji semula keputusan penggunaan logo oleh pengerusi PPBM itu dalam 6 hari, mulai semalam.

Pada 5 April lepas, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) membubarkan sementara PPBM kerana gagal mengemukakan butiran yang dikehendakinya.

Berikutan itu, PPBM tidak boleh menggunakan nama dan logonya dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu, selain tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti.

Ahli PKR Sabak Bernam, M Veerappan berkata tindakan pimpinan parti membenarkan logo PKR digunakan Dr Mahathir adalah penghinaan kepada semua ahli parti itu yang berjuang demi keadilan sejak ia ditubuhkan pada 4 April 1999.

“Kita ahli di peringkat akar umbi amat kecewa Dr Mahathir akan bertanding pada PRU14 atas lambang PKR. Kami amat keberatan menerima beliau dan mencabar beliau bertanding sebagai calon bebas.”

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Friday, March 2, 2018

Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity


Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tiada bukti yang menunjukkan ahli perniagaan Low Taek Jho adalah pemilik kepada kapal layar mewah Equanimity yang dirampas di Bali semalam.

Maka laporan rampasan kapal itu yang mengaitkannya dengan Low adalah "berita palsu", katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pembangkang bergantung kepada dakwaan "yang tidak disahkan dan dibuktikan" bahawa ia adalah milik Low - lebih dikenali sebagai Jho Low - dan dibeli menggunakan wang 1MDB.

"Hakikatnya, sumber dakwaan tersebut terkandung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang sudah dihentikan buat sementara sejak Ogos lalu.

"Selain dakwaan yang terkandung dalam saman itu, DOJ tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa Jho Low adalah pemilik sebenarnya, atau ia dibeli daripada wang daripada 1MDB.

"Malah DOJ belum membuktikan mana-mana dakwaannya di mahkamah, walaupun sudah dua tahun berlalu sejak sidang media sensasinya pada Julai 2016," katanya lagi.

Semalam, kapal layar bernama Equanimity itu ditahan penguatkuasa Indonesia dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) di Bali.

Polis Indonesia mengesyaki ia berlayar ke Indonesia untuk bersembunyi daripada pihak berkuasa AS.

Salleh yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa pembangkang yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan "didominasi" DAP menggunakan 'berita palsu' dan dakwaan kitar semula sebagai senjata utama meraih undi.

"Sedih melihat Mahathir dan pembangkang kini hanya mengitar semula dakwaan yang tidak dibuktikan dan dengan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu," katanya lagi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/414049#EqSthvXOheqVdObZ.99

Monday, February 26, 2018

Mahathir 'serang' kubu Najib Rabu ini

Alyaa Azhar

Sejak mula berkempen menentang Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad sibuk mengelilingi negara bagi menyeru orang ramai agar tidak menyokong perdana menteri yang menurutnya terpalit dengan rasuah.

Dan pada Rabu ini, ahli politik berusia 93 tahun itu dijadual masuk ke kubu utama Najib, iaitu kawasan parlimen Pekan di Pahang.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Fauzi Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan Mahathir akan berada di sekitar Chini pada tengah hari itu.

Beliau berkata bekas perdana menteri itu diundang oleh peneroka Felda di sana untuk berucap.

"Kira-kira jam tiga petang (28 Februari), beliau akan mengadakan 'walkabout' di kawasan Orang Asli," katanya.

Pada sebelah malam, Mahathir akan menyampaikan ceramah di sana yang akan turut disertai Fauzi sendiri dan Pengerusi AMANAH Pahang Hamzah Jaafar, Penerusi DAP Negeri Leong Ngah Ngah, Pengerusi BERSATU Negeri Wan Mohd Shahrir Wan ABdul Jalil dan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman.

Ini merupakan kunjungan pertama Najib ke Pekan sebagai Pengerusi HARAPAN dan BERSATU.

Najib berulangkali menafikan salah guna dana awam untuk kepentingan peribadi dan berkata ia dakwaan oleh pembangkang yang kini diketuai Mahathir untuk menjatuhkannya.

Beliau mewarisi kerusi parlimen itu daripada bapanya allayarham Tun Abdul Razak Hussein, menang tanpa bertanding pada 1976 berikutan kematian perdana menteri kedua itu dan kekal memegang kerusi itu sehingga hari ini.

Pada pilihan raya umum (PRU) tahun 1999 - selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tercetusnya gerakan Reformasi - Najib nyaris terlepas kerusi parlimen itu apabila hanya mendapat majoriti 241 undi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413530#S7CS5BBCWzED7ACg.99

Tuesday, February 20, 2018

PAN akui kajian Politweet.....Mahathir tak berpengaruh di Johor

 BY WARTAWAN AGENDADAILY

Apa lagi nak kata... terpaksa terima dengan hati terbuka kajian bebas yang dibuat oleh badan antarabangsa mengenai trend sokongan pengundi pada PRU14 di Johor.

Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub yang juga anak jati Johor tidak berani menolak kajian yang menyebelahi kepimpinan kerajaan itu.

Katanya, memang ada dapatan dalam kajian media sosial yang berpihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendahului bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Saya terbuka untuk menerima apa-apa maklumat daripada kajian di media sosial. Saya terima mana-mana kajian yang mungkin menyebelahi Najib tetapi ada juga kajian sosial yang menyebelahi Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian firma penyelidik media sosial, Politweet yang menyatakan pengguna media sosial di Johor lebih tertarik kepada Najib berbanding Mahathir.

Kajian itu sekali gus menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan terus menguasai Johor pada PRU-14.

Bagaimana untuk 'cover line' sikit Salahuddin bagi alasan kajian yang dibuat hanya ibarat lampu suluh yang dapat menerangi sekiranya tiada panduan dalam membuat pilihan.

“Kajian ini untuk beri panduan sahaja, apa yang penting orang politik harus melihat dengan teliti gerakan arus di bawah, khususnya apa yang paling ditakuti adalah arus senyap.

“Arus senyap ini biasanya nampak macam tiada apa-apa, tetapi sudah banyak kali berlaku di mana tiba-tiba ada perubahan besar, ini yang kita harus lebih teliti,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan BN dijangka terus menguasai Johor selepas PRU14 berdasarkan kajian firma penyelidik media sosial, Politweet.

Dalam temu bual bersama portal Worldfuture TV (WFTV), jurucakap Politweet berkata, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad tidak mendatangkan impak besar di Johor pada PRU-14.

"Secara asasnya, dua pertiga pengguna media sosial di Johor tidak menunjukkan minat terhadap Mahathir di halaman dan paparan Facebook disukai mereka.

"Walaupun ada liputan meluas media mengenai Mahathir dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri, ia bukan petanda baik untuk Pakatan Harapan," katanya.

Sehingga Disember tahun lalu, hanya 13.73 peratus pengguna Facebook di Johor menunjukkan minat terhadap Mahathir berbanding 66.67 peratus yang cenderung kepada Najib.

Bagaimanapun, firma itu menyifatkan Johor bukan negeri yang memiliki kemungkinan berubah tangan pada PRU-14.

Friday, February 2, 2018

Jangan fitnah kata RM42 bilion lesap - PM


2 FEB:   Walaupun mengakui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menanggung hutang berjumlah RM42 bilion, namun Perdana Menteri melahirkan keyakinan bahawa ia mampu dijelaskan.

“Jangan fitnah kata RM42 bilion lesap. RM42 bilion tak lesap. Itu hutang. Hutang boleh kita lunaskan melalui aset yang lebih.

“Kalau tak betul, kita betulkan. Kalau ada kepincangan kita ambil tindakan,” kata Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Khas Haji PM tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Putra di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerugian jual beli mata wang asing (FOREX) Bank Negara Malaysia yang dilakukan bekas pemimpin negara sebelum ini berjumlah RM31 bilion lebih besar kerugiannya.

“Itu kerugian forex berjumlah RM31 bilion itu lebih besar kerugian kepada negara kita.

“Dalam zaman siapa? Dalam zaman orang yang kata kononnya haji tajaan 1MDB ini tidak mabrur, Tuhan tak terima,” ujarnya.

Kenyataan Najib dipercayai merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan,Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri pada era 80 an sehingga 2003.

Thursday, December 21, 2017

RCI Forex ditubuh hanya cari alasan salahkan pemimpin parti lawan

Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang ditubuhkan kerajaan hanya semata-mata untuk mencari alasan menyalahkan pemimpin parti lawan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tulisan di blognya semalam beliau berkata, pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM31.5bilion hanya didedahkan selepas 30 tahun.

“Kononnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu tahu dan sedar berkenaan dengan penipuan ini tetapi mereka tidak mendedahkan perbuatan ini, bermakna mereka bersubahat.

” Apakah bukti mereka tahu dan bersubahat tidak dijelaskan. Yang tentu tahu dan bersubahat menyembunyi jumlah kehilangan sebenar ialah orang yang, selepas 30 tahun, membuat dakwaan bahawa jumlah kehilangan sebenar bukan 11 billion Ringgit tetapi 30 billion.

“Sudah tentu Abdul Murad sebagai pegawai bank negara benar-benar sudah lama tahu dan sedar akan jumlah kehilangan dan penipuan yang dibuat. Sudah tentu ia boleh dedah awal-awal lagi penyelewengan ini dan pegawai- pegawai dan auditor yang terlibat. Tetapi ia tidak dedah.

“Jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dikatakan bersama menyembunyi angka 30 billion, Abdul Murad lebih terlibat dengan menyembunyi kebenaran. Tetapi Abdul Murad tidak dianggap bersalah kerana menyembunyi penipuan itu begitu lama,” ujarnya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini berkata, tindakan Abdul Murad itu sebenarnya untuk mendedah “breach of faith” apabila jelas pendedahan olehnya akan memberi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak peluang bertindak terhadap musuh politiknya walaupun perkara ini tidak lagi disoal bertahun-tahun, walaupun oleh parti-parti pembangkang,katanya.

Dengan tidak menghormati maksud undang-undang, Najib dengan kuasanya merebut peluang memulakan proses supaya akhirnya Perdana Menteri masa itu dan Timbalannya dapat disalahkan.

RCI ini memakan masa yang panjang. Ramailah saksi dipanggil dan kenyataan-kenyataan panjang mereka diperdengarkan. Selain dari saksi disoal dan menjawab, memorandum yang panjang dengan butir-butir terperinci oleh saksi diserah kepada RCI. Peguam-peguam saksi turut hadir sepanjang RCI bersidang. Mereka juga turut memberi penjelasan dan membuat soalan.

Menurut Mahathir RCI berhak membuat laporan tersendiri. Tetapi laporan yang diserah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, walaupun tebal tetapi jelas menunjuk bahawa butir-butir yang ditulis oleh RCI hampir tidak mengandungi fakta-fakta yang relevan yang diperdengarkan oleh saksi atau memorandum mereka.

“Walaupun penjelasan oleh saksi dicatit verbatim atau terperinci, tetapi RCI tidak sedikit pun menghirau penjelasan oleh saksi.

“Apa yang jelas ialah seluruh laporan RCI menumpu kepada penentuan penglibatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ketua pasukan bahagian dagangan wang Bank Negara.

“Semuanya berasas kepada sangkaan. Sangkaan ini dianggap sebagai fakta benar untuk polis bertindak.

“RCI bukanlah badan kehakiman. Tetapi laporannya lebih merupakan hukuman terhadap pihak yang dibicara,” ujarnya.

Sebagai rekod pada Selasa Dr Mahathir memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kerugian forex Bank Negara sebagai tidak sah.
Turut dinamakan ialah kesemua lima anggota panel RCI iaitu: Mohd Sidek Hassan, Kamaludin Md Said, Tajuddin Atan, Saw Choo Boon dan Pushpanathan SG Kanagarayar. Setiausaha RCI Yusof Ismail juga dinamakan sebagai defendan.

Saman pemula tersebut antara lainnya menyebut, RCI berkaitan Laporan Forex berkenaan “tidak sah, tidak lengkap dan cacat”.

Saman yang difailkan peguamnya, Haniff Khatri Abdulla itu membangkitkan mengenai bahan dan lampiran didakwa tidak dimasukkan ke dalam laporan berkenaan.

Wednesday, December 20, 2017

Laporan RCI: Sangkaan dianggap fakta, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad
ULASAN l  - Seperti yang dijangka penubuhan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) bertujuan mencari alasan untuk mengaitkan dan menyalahkan kepimpinan parti lawan, dengan dakwaan bahawa pegawai Bank Negara menipu jumlah kehilangan duit bank semasa mengurus dagangan mata wang 30 tahun dahulu.

Kononnya perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa itu tahu dan sedar akan penipuan tetapi tidak mendedahkan perbuatan ini, bermakna mereka bersubahat.

Apakah bukti mereka tahu dan bersubahat tidak dijelaskan. Yang tentu tahu dan bersubahat menyembunyikan jumlah kehilangan sebenar ialah orang yang, selepas 30 tahun, membuat dakwaan bahawa jumlah kehilangan sebenar bukan RM11 billion tetapi RM30 billion.

Sudah tentu bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid benar-benar sudah lama tahu dan sedar akan jumlah kehilangan dan penipuan yang dibuat.

Sudah tentu beliau boleh dedah awal-awal lagi penyelewengan ini dan pegawai dan auditor yang terlibat. Tetapi ia tidak dedah.

Jika perdana menteri dan timbalan perdana menteri dikatakan bersama menyembunyikan angka 30 billion, Abdul Murad lebih terlibat dengan menyembunyi kebenaran.

Tetapi Abdul Murad (gambar) tidak dianggap bersalah kerana menyembunyikan penipuan itu begitu lama.
Abdul Murad pilih untuk mendedah “breach of faith” ini apabila jelas ia memberi peluang kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak terhadap musuh politiknya, walaupun perkara ini tidak lagi disoal bertahun-tahun, walaupun oleh parti pembangkang.

Dengan tidak menghormati maksud undang-undang, Najib dengan kuasanya merebut peluang memulakan proses supaya akhirnya perdana menteri masa itu dan timbalannya dapat disalahkan.

RCI ini memakan masa yang panjang. Ramailah saksi dipanggil dan kenyataan panjang mereka diperdengarkan.

Selain dari saksi disoal dan menjawab, memorandum yang panjang dengan butir-butir terperinci oleh saksi diserah kepada RCI. Peguam-peguam saksi turut hadir sepanjang RCI bersidang.

Mereka juga turut memberi penjelasan dan membuat soalan.
Memanglah RCI berhak membuat laporan tersendiri. Tetapi laporan yang diserah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong, walaupun tebal, jelas menunjukkan butir-butir yang ditulis oleh RCI hampir tidak mengandungi fakta-fakta yang relevan yang diperdengarkan oleh saksi atau memorandum mereka.

Walaupun penjelasan oleh saksi dicatit verbatim atau terperinci, tetapi RCI tidak sedikit pun menghiraukan penjelasan oleh saksi.

Yang jelas ialah seluruh laporan RCI bertumpu kepada penentuan penglibatan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dan Ketua pasukan bahagian dagangan wang Bank Negara pada masa itu.

Semuanya berasas kepada sangkaan. Sangkaan ini dianggap sebagai fakta benar untuk polis bertindak.

RCI bukanlah badan kehakiman. Tetapi laporannya lebih merupakan hukuman terhadap pihak yang dibicara.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/406026#7oRgCCV0C4SwgZ9k.99

Tuesday, December 12, 2017

Haraf Najib ketuai negara-negara Islam bertemu Trump

MOHD HAFIZ ISMAIL
12 DISEMBER 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
PETALING JAYA -   Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai negara-negara Islam untuk bertemu Donald Trump bagi mendesak menarik balik keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Mahathir, Najib akan menghadiri Persidangan Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul esok sekaligus memberikan keputusan positif dalam mendesak AS.

"Saya berpendapat pimpinan kerajaan Malaysia, Najib ini amat rapat dengan Donald Trump (Presiden AS). Oleh itu saya harap Najib yang akan menghadiri mesyuarat OIC di Turki akan memasukkan perkara ini (untuk berjumpa dengan Trump) dan mendapat sokongan.

"Oleh kerana Trump ini sahabatnya, saya yakin beliau dapat memujuk AS menarik balik pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel," katanya pada sidang media pemimpin Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Katanya, Isu Baitulmaqdis bukan hanya isu umat Islam, malah ia adalah isu kemanusiaam sejagat.

"Kedegilan dan keangkuhan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu pencabulan hak asasi manusia serta melanggar undang-undang antarabangsa.

"Keputusan Trump itu jelas tidak membantu usaha damai konflik panjang di rantau Asia Barat khususnya di Palestin sebaliknya lebih merumitkan lagi keadaan sekaligus menyalakan api kemarahan dan reaksi bantahan masyarakat dunia," katanya.

Jelasnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OIC dan komuniti antarabangsa tidak pernah mengiktiraf penduduk Israel di Jurusalem Timur selepas perang 1967.

"Ia dikukuhkan lagi dengan Majlis Keselamatan PBB yang bersidang pada 23 Disember 2016 telah meluluskan Resolusi 2334 yang menyatakan pendudukan Israel ke atas Jurusalem Timur tidak sah," katanya.

Mengulas lanjut, pengumuman Trump itu dilakukan demi survival politik beliau menjelang Pilihan Raya Separuh Penggal AS.

"Ia adalah satu tindakan campur tangan ke atas negara Arab yang melampaui batas," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mahathir turut mengumumkan Harapan akan menganjurkan satu perhimpunan bantahan terhadap pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di hadapan Kedutaan AS pada 15 Disember ini.

"Perhimpunan itu bercorak pelbagai agama dan bangsa yang akan menunjukkan bantahan secara aman di hadapan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat nanti.

“Ini bukan soal agama dan bangsa, ini kerana masyarakat dunia juga menentang keputusan Trump yang tidak menghiraukan pendapat antarabangsa, Baitulmaqdis adalah kota suci bagi ketiga-tiga agama dan ini soal hak asasi manusia," katanya.

Ditanya adakah perhimpunan ini telah mendapat kelulusan polis, Presiden Amanah Mohamad Sabu yang turut serta dalam sidang media berkenaan menegaskan pihaknya akan menghubungi polis untuk mendapatkan kebenaran tentang perkara itu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-