08 Februari 2018 3:39 PM
SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Naib Presiden Parti Keadilan (PKR), Mohd. Rafizi Ramli telah menyalahgunakan dan memanipulasi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mencapai matlamat politiknya.
Katanya, Ahli Parlimen Pandan itu juga menyebabkan projek NFC gagal dan sekarang dirinya sendiri telah dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
“Daripada menggunakan proses undang-undang, Mohd. Rafizi juga menggunakan cerita separuh benar untuk memanipulasi masyarakat umum berhubung kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Shahrizat, Mohd. Rafizi bukan seorang mangsa dalam kes ini sebaliknya golongan yang menerima akibat daripada tindakan manipulasinya adalah sebenar-benar mangsa.
-UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rafizi-salah-guna-akta-perlindungan-pemberi-maklumat-2010-1.605298#ixzz56W2jVlYt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rafizi-salah-guna-akta-perlindungan-pemberi-maklumat-2010-1.605298#ixzz56W2jVlYt
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.