Friday, March 30, 2018

Ceramah dipenuhi tuduhan liar, pembohongan

Jerai:    Seperti biasa, ceramah politik oleh kepemimpinan kanan Pakatan Harapan diketuai DAP di Guar Chempedak dekat sini malam tadi, dipenuhi dengan pelbagai pembohongan dan cerita-cerita rekaan bagi meraih simpati rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Malah Pengerusi pakatan tersebut yang sepatutnya sudah cukup matang dalam berpolitik, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat tuduhan yang tidak masuk akal seolah-olah cuba menanam rasa tidak percaya rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendakwa peti undi pos akan disorok dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

“Sekarang ini ada undi pos dan ini adalah peluang sekali lagi hendak tipu. Peti undi itu akan disorok dengan undi palsu supaya Najib menang.

“Sebab itu kita nak pengundi keluar mengundi beramai-ramai supaya apabila kami menang dengan banyak, dia tak boleh sumbat undi palsu,” katanya.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba menipu hadirin dengan mendakwa kerajaan Pusat sebagai melakukan pembohongan menerusi pemberian insentif sebanyak RM200 melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

“Kerajaan Pusat tiru kerajaan Pulau Pinang apabila beri bayi lahir sebanyak RM200. Bezanya kerajaan pemberian yang kerajaan Pusat beri itu hanya boleh diambil ketika bayi berkenaan berusia 21 tahun sedangkan kerajaan Pulau Pinang beri secara serta-merta.

“Kalau kena tunggu 21 tahun baru boleh ambil RM200, tak payahlah. Biar kami jadi kerajaan, RM200 itu kami bayar sekarang juga,” katanya.

Apa yang diperkatakan Guan Eng itu jelas satu pembohongan kerana unit insentif dan agihan pendapatan ADAM50 boleh dikeluarkan ketika bayi tersebut mencapai usia 18 tahun dan bukannya 21 tahun.

Berbanding pemberian wang tunai yang akan habis pada bila-bila masa, pemberian unit amanah percuma menerusi ADAM50 sudah tentu lebih menarik kerana wang itu akan bertambah berdasarkan andaian kadar agihan pendapatan enam peratus setahun.

- Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-