Monday, March 12, 2018

Masalah air Selangor lebih teruk daripada 1MDB, kata Najib


PARLIMEN l  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan masalah bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai lebih teruk daripada isu 1MDB.

Najib (BN-Pekan) menjawab soalan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) tentang sama ada peningkatan jumlah pembayaran faedah hutang negara mempunyai kaitan dengan isu 1MDB, atau ada sebab lain.

Ia merupakan soalan pertama dalam sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Namun sebelum Azmin sempat menghabiskan soalannya, beberapa anggota parlimen BN mengganggunya dan ada antara mereka seperti Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) membangkitkan masalah air di Selangor.

Apabila Dewan Rakyat kembali tenang, Najib menjawab, "Saya ingin menegaskan bahawa kemelut air di Selangor lebih kritikal."

Jawapan itu menyebabkan Dewan Rakyat kembali kecoh dengan beberapa anggota parlimen BN mengecam Azmin sementara beliau bertegas agar Najib menjawab soalan itu secara lebih jelas.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-