Showing posts with label air Selangor. Show all posts
Showing posts with label air Selangor. Show all posts

Tuesday, October 6, 2020

Penat dah isu air!

MyMetro
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my

PENDUDUK sekitar USJ 4/5, Subang Jaya sedang mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian. FOTO BERNAMA

Dengkil: Rata-rata penduduk di Selangor sudah penat dengan masalah ketiadaan air hingga mengganggu urusan harian mereka terutama peniaga.

Kekerapan ketiadaan air menyebabkan mereka kini sudah hilang sabar angkara sikap tidak bertanggungjawab pemilik kilang atau perusahaan yang melakukan pencemaran di negeri berkenaan.

Peniaga di Kampung Jenderam Hilir, A Ramli Harun, 47, berkata, isu air sudah berlarutan sudah lama dan setiap tahun pastinya penduduk Selangor akan berdepan dengan masalah berkenaan.

"Kami sudah penat, setiap tahun pasti akan berlaku isu ketiadaan air, masalah ini menjejaskan perniagaan saya. Perniagaan kami boleh terjejas, bayangkan kami sudah beli bahan mentah segar untuk masak dan jika tiada air pastinya kami tidak dapat beroperasi seperti biasa," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
PENDUDUK sekitar Pekan Bangi Lama menadah air bersih dari pili awam di Kampung Bahagia. FOTO AIZUDDIN SAAD
"Isu pencemaran ini bukan pertama kali dalam Selangor. Pencemaran ini memberi kesan kepada semua pihak, harap tindakan tegas dapat diambil," katanya.

Bagi seorang lagi penduduk, Salmah Katin, 63, berkata, dia berharap kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

"Ketiadaan air memang menjadi bebanan kepada kami, tolonglah selesaikan segera," katanya.

Sementara itu, bagi penduduk Kampung Jenderam Hilir, Nor Hayati Lamyat, 46, pula berharap isu itu dapat diselesaikan segera.

"Jika tiada air satu dua hari kita masih boleh terima, tetapi kalau berpanjangan dalam tempoh seminggu memang bawa masalah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 6:45 AM

Saturday, September 5, 2020

Nak tunggu ‘Towelman’ datang baru selesai masalah air?

mykmu.net
September 5, 2020


Sudah 12 tahun memerintah, masalah air Selangor tidak selesai lagi. Masih tidak pandai mengurus bekalan air.

Rakyat masih angkat baldi. Turun naik tangga rumah flat bawa baldi.

SPLASH sudah dijual dengan harga RM4.1 Bilion. Tapi masalah air tidak selesai juga.

                        

Pemberian air percuma untuk 1.6 juta rakyat Selangor sudah ditamatkan. Kerajaan tak sanggup bayar. Itulah cakap besar sangat.

Terpaksa ganti dengan Skim Air Darul Ehsan (SADE) sebanyak 20 meter padu air percuma kepada 184,020 orang penerima sahaja.

Kadir Jasin kata, PN mesti tuduh ini salah DAP. DAP adalah jahat.

Jahat tak jahat, nampaknya “Selangor dan Air” berpisah tiada. Kita tunggu kedatangan Dato Jamal “pakai tuala” ke pejabat MB. Baru selesai masalah. Towelman Datang!

Puad Zakarshi

Monday, March 12, 2018

Masalah air Selangor lebih teruk daripada 1MDB, kata Najib


PARLIMEN l  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan masalah bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai lebih teruk daripada isu 1MDB.

Najib (BN-Pekan) menjawab soalan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) tentang sama ada peningkatan jumlah pembayaran faedah hutang negara mempunyai kaitan dengan isu 1MDB, atau ada sebab lain.

Ia merupakan soalan pertama dalam sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Namun sebelum Azmin sempat menghabiskan soalannya, beberapa anggota parlimen BN mengganggunya dan ada antara mereka seperti Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) membangkitkan masalah air di Selangor.

Apabila Dewan Rakyat kembali tenang, Najib menjawab, "Saya ingin menegaskan bahawa kemelut air di Selangor lebih kritikal."

Jawapan itu menyebabkan Dewan Rakyat kembali kecoh dengan beberapa anggota parlimen BN mengecam Azmin sementara beliau bertegas agar Najib menjawab soalan itu secara lebih jelas.

[Berita lanjut menyusul]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-