Saturday, May 19, 2018

Rampasan di unit kediaman tiada kaitan dengan 1MDB - Peguam Najib

Harpal Singh Grewal pada sidang akhbar di Jalan Langgak Duta disini hari ini. Foto oleh SHAIFUDIN MOHD. NOR.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa rampasan yang dilakukan baru-baru ini di dua unit kediaman keluarganya di Jalan Raja Chulan di sini awal Jumaat adalah barangan peribadi dan tidak ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam beliau, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, Najib menyatakan kecewa dengan tindakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyerbu kondominium yang didiami anaknya, Mohd. Norashman atau Ashman dan Nooryana Najwa atau Gina, dengan mendakwa serbuan itu tidak mengikut prosedur operasi standard.

Harpal mendakwa serbuan di kondominium Gina dilakukan semasa ketiadaan anak perempuannya itu, sebaliknya hanya pembantu rumah yang ada.

"Ini merupakan kejutan besar kepada keluarga apabila barangan yang disita dari bilik nombor satu adalah pakaian dan kasut yang dimilikinya secara peribadi dan telah dibeli atau dihadiahkan kepadanya sejak bertahun-tahun.

"Lebih mengecewakan, hadiah perkahwinan pasangan ini dirampas dan dikeluarkan oleh pihak yang membuat serbuan tanpa sebarang usaha untuk mengenal pasti ciri-ciri barangan yang disita. Selain itu, polis turut merampas beberapa pasang kasut bayi dan pakaian yang dibeli untuk anak kecil pasangan ini," kata Harpal pada sidang akhbar di hadapan kediaman Najib di Langgak Duta di sini hari ini. 

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-