Monday, July 16, 2018

Menurut susunan kerusi, Zahid ketua pembangkang

Kow Gah Chie | Diterbitkan 16 Jul 2018, 9:12 pagi


PARLIMEN | Aturan kerusi pembangkang di Dewan Rakyat hari ini menunjukkan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dinamakan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen.

Ini kerana anggota parlimen Bagan Datuk itu akan duduk di kerusi pertama pada barisan pembangkang Dewan Rakyat.

Difahamkan beliau akan duduk bersebelahan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada kerusi kerajaan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai anggota parlimen parti pemerintah.

Menteri Dalam Negeri Tan SRi Muhyiddin Yassin yang kini bercuti sakit selama sebulan akan mengambil tempat bersebelahan dengan TPM dan diikuti Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Menteri Pengangkutan Antony Loke akan duduk di belakang perdana menteri, kata Lim Swee Kuan, setiausaha akhbar Guan Eng pada hantaran media sosial hari ini.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-