Friday, July 20, 2018

Polis ambil keterangan pembantu rumah Najib

Faisal Asyraf | Diterbitkan 20 Jul 2018, 6:55 petang


Polis hadir di kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta hari ini untuk merekodkan kenyataan daripada pembantu rumahnya selepas menerima laporan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa, berkata pembantu itu merupakan saksi dalam laporan berkenaan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan lebih lanjut.

Difahamkan dua buah kenderaan polis dilihat memasuki kediaman Najib kira-kira jam 10.30 pagi sehingga mencetuskan pertanyaan kepada anggota media yang sedang menunggu di kawasan itu.

"Polis berkenaan adalah dari Jabatan Siasatan Jenayah Sentul," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-