Showing posts with label bukan Bumiputera. Show all posts
Showing posts with label bukan Bumiputera. Show all posts

Saturday, March 9, 2024

Putra pertahan kenyataan Kok Seong “berpijak di bumi nyata”

bebasnews.my
By Editor
-09/03/2024
Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong - Foto via Yadim

SEPANG — Putra mempertahankan kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong berhubung sekolah vernakular yang dikecam oleh pemimpin DAP, Teresa Kok baru-baru ini.

Shahrulufti Sharif
Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, kenyataan Kok Seong adalah berdasarkan kajian akademik yang mendalam dan fakta yang sahih.

“Beliau adalah tokoh akademik bukan Bumiputera yang berintegriti, berani, dan berpijak di bumi nyata serta menerima kebenaran sejarah.

Kenyataan beliau tidak ada kena mengena dengan rasis apabila beliau mengatakan sekolah vernakular adalah punca perpecahan kaum dan tidak membantu ke arah integrasi nasional,” katanya dalam satu kenyataan.

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh baru-baru ini meminta polis menyiasat rakaman video Kok Seong yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu.
Teresa Kok
Kok Seong juga mendakwa 95 peratus anak-anak Cina dihantar ke sekolah vernakular Cina dan enggan berintegrasi dengan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini.

Bagaimanapun dalam reaksi balasnya, Kok Seong seperti dilaporkan Malaysiakini mempertahankan kenyataanya sesuatu yang realiti dan betul serta menganggap Ahli Parlimen Seputeh itu berada dalam penafian.

Shahrulufti dalam mempertahankan kenyataan Kok Seong menyifatkan tokoh akademik bukan Bumiputera itu berani berkata benar walaupun pahit.

Kok Seong katanya menunjukkan teladan berdiri teguh bersama Prinsip Asas Perlembagaan Negara Fasal 151, 152, dan 153 serta yang berkaitan termasuk Prinsip Rukun Negara.

“Lihatlah Indonesia, Thailand, dan Singapura sebagai contoh menegakkan Satu Bahasa Satu Negara demi Perpaduan Nasional,” katanya.

Justeru Putra menolak sebarang usaha untuk menutup mulut mereka yang berani berbicara demi memperkukuhkan kesatuan nasional melalui perbincangan terbuka dan pendidikan.

Katanya, tindakan menggambarkan kenyataan yang berlandaskan kebenaran ilmiah sebagai hasutan adalah serangan langsung terhadap kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang dilindungi oleh Perlembagaan.

Pada masa yang sama Putra mendesak semua pihak, khususnya pemimpin politik, agar berani dan tegas dalam mempertahankan nilai-nilai asas negara Malaysia, bukannya menjadi anti-nasional seperti beberapa kerat politikus yang tidak sedar di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung.

Putra juga berdiri bersama-sama dengan Kok Seong, Prof Ridhuan Tee, dan Firdaus Wong Wai Hung dalam mempertahankan prinsip yang Putra percayai.

“Putra tidak akan gentar menghadapi tekanan atau ancaman yang bertujuan untuk menghalang Putra dari menyatakan kebenaran,” katanya.

— BebasNews

Saturday, July 21, 2018

Tak dapat maklumat isu MARA, UiTM - Dr Mahathir

Oleh Fahmy Azril Rosli 
dan Nur Lela Zulkipli
cnews@nstp.com.my

DR Mahathir menjawab soalan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak mendapat sebarang maklumat berhubung dakwaan bahawa entiti yang dikhususkan untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera akan dibuka kepada bukan Bumiputera.

Entiti berkenaan adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mengulas perkara itu, Perdana Menteri berkata, berita mengenal hal itu hanya diketahui daripada pertanyaan pengamal media pada sidang media, petang tadi.

Bagaimanapun, dakwaan itu akan diperjelaskan jika beliau memperoleh maklumat terperinci.

"Saya tidak tahu. Saya dengar daripada awak sahaja (pemberita) sahaja.

"Kalau saya terima maklumat, tanya saya balik," katanya ringkas.

Beliau mengulas mengenai artikel yang disiarkan di www.abuleman.blogspot.com yang mendakwa Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, dalam pertemuan bersama dengan pegawai kanan MARA menyatakan hasratnya mahu membuka MARA untuk semua kaum di Malaysia selepas melawat Ibu Pejabat MARA, baru-baru ini.

Artikel yang memetik sumber itu menyatakan yang Sivarasa mahu menukar nama sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

Memetik laporan dalam artikel itu, menurut sumber, Sivarasa juga diamanahkan untuk menjaga kepentingan MARA yang sepatutnya dijaga oleh orang Melayu.

Tuesday, October 10, 2017

Surat Terbuka : Perjanjian antara Dr Mahathir & Kit Siang, DAP


Pertama sekali, kita dapat mengagak sebab Tun menulis artikel bertajuk ‘DAP’ pada 5 Oktober 2017. Malah Tun sudah dua kali menulis menggunakan tajuk yang sama di dalam blog.

2. Ianya ditulis dua hari selepas Tun menjejak kaki di ibu pejabat DAP. Tun tahu impak negatif berada di sana.

3. Kerana itu Tun menulis artikel tersebut walau pun hujah-hujah ringan yang hanya sekadar kitar semula daripada artikel sebelum ini. Yang ditambah ialah Tun mempersetankan dan dipersetankan oleh cauvinis DAP.

4. Seperti tajuk portal pembangkang MalaysiaKini iaitu ‘Tersungkurnya Dr Mahathir di kaki DAP..’, tindakan Tun berada di ibu pejabat DAP adalah ‘lambang kepada tersungkur dengan secara rasminya Mahathir terhadap perjuangan Malaysian Malaysia DAP yang sebelum ini ditentangnya sendiri bermati-matian’.

5. Tetapi kita tahu Tun tidak menjawab isu sama ada dakwaan terhadap DAP sebelum ini benar atau tidak. Apakah rakyat ditipu mengenai DAP selama Tun mula berpolitik dan semasa 22 tahun menjadi PM?

6. Kita juga tahu Tun pernah mempersetankan DAP. Tetapi penolakan rakyat terutamanya kaum Melayu terhadap parti DAP tidak berlandaskan kepada usaha Tun itu sahaja. Kesongsangan parti DAP sudah terserlah lama sejak peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969

7. Malah dasar-dasar parti DAP begitu jelas menyebabkan kaum Melayu dan bumiputera tidak berselera untuk bersama dengan DAP kecuali beberapa Melayu yang liberal, tidak sedar diri, berkepentingan dan menagih sokongan politik.

8. Tun perlu baca semula sejarah dan dasar-dasar DAP yang jelas menolak konsep ‘bumiputera’ dan hak-hak keistimewaannya. Tun perlu tahu Deklarasi Setapak yang diperjuangkan oleh DAP dan mereka tidak pernah pun menafikannya. Di antaranya:

“Deklarasi Setapak memperkukuh pegangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang.”

9. Dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan perlaksanaan kesaksamaan etnik dan penggantian sistem kuota etnik dengan dasar ‘merit dan keperluan’

10. Maka jika ada individu Melayu yang bersekongkol dengan pihak yang menentang kewujudan ‘bumiputera’ dan hak2nya, bukankah individu ini memang layak dipanggil pengkhianat kepada kaumnya sendiri dan bumiputera?

11. Jika begitu, apakah yang telah dijanjikan oleh Kit Siang sehinggakan Tun sanggup menutup kepada segala kesongsangan parti cauvinis DAP ini? Apakah intipati perjanjian tersebut?

12. Dan jika niat Tun ialah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, niat DAP ialah menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh wakil Melayu/Bumiputera untuk diganti dengan kerajaan yang majoriti kerusinya adalah parti DAP manakala PKR, PAN dan PPBM hanya sekadar mengisi potfolio-potfolio yang dikawal selia oleh cauvinis DAP.

13. Realitinya, yang diperlukan oleh DAP hanya sekadar mendominasi sesebuah kerajaan. Apabila DAP mendominasi kerajaan Selangor, pesta arak diluluskan dan pelbagai lagi. Negeri Pulau Pinang pula berdepan dengan pelbagai kepincangan permasalahan rakyat dan skandal bilion ringgit wang rakyat apabila DAP menerajui kerajaan negeri

14. Dan DAP kononnya tidak meminta jawatan Perdana Menteri. Tetapi keangkuhan dan tiada rasa hormat yang ditunjukkan oleh DAP di negeri Perak adalah bukti kukuh mereka inginkan jawatan tertinggi.

15. Walau pun perlembagaan Negeri Perak mensyaratkan hanya orang Melayu beragama Islam boleh menjadi Menteri Besar, DAP tetap mencalonkan wakil mereka yang bukan Melayu dan bukan Islam sebagai calon Menteri Besar. Ketika itu, DAP mendominasikan kerajaan negeri Perak. Lihatlah betapa rakusnya DAP ini..

16. Tun juga berkata, dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukan imej musuh. Maksudnya, jika sebelum ini Tun mempersetankan DAP tetapi kini semuanya tampak elok hanya kerana permainan politik Tun, maka apa yang Tun lakukan sekarang dengan pelbagai tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan UMNO itu hanya mainan politik yang tidak benar dan sekadar propaganda politik memburuk-burukkan imej musuh sahaja. Rakyat tidak mungkin akan termakan dengan politik persepsi ini.

17. Tun juga mendakwa DAP terbuka kepada semua kaum. Tetapi sebenarnya, dari dulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh satu dinasti dan satu kaum sahaja. Pemilihan CEC DAP adalah bukti kerasisan parti DAP apabila tidak ada satu pun calon Melayu yang menang.

18. Seorang pemimpin Melayu pernah menasihatkan orang Melayu dan Bumiputera. Tun kenal pemimpin ini :
Beliau meminta supaya kita berwaspada jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.
DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

19. Agenda DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera, katanya.

20. Kerana itu juga, Pakatan Harapan tidak patut disokong kerana parti DAP sudah pasti akan mendominasikan pakatan politik yang juga terdiri daripada PKR, PPBM dan PAN. DAP yang akan menjadi penentu dalam Pakatan Harapan.

Dr Novandri Hasan Basri

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-