Suara Tanpa Sempadan
Abdul Mursyid Zainuddin
KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan terus kekal sebagai Perdana Menteri selagi rakyat mahukan khidmatnya.
Tambahnya, beliau akan mematuhi kehendak rakyat dan tempoh masa untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Perdana Menteri adalah tidak penting.
“Jika syarat untuk kami berkerja bersama adalah saya menjadi Perdana Menteri untuk dua atau tiga tahun, bagi saya itu tidak penting. Saya akan patuh kepada kehendak rakyat.
“Pendapat peribadi saya tentang Anwar tidak penting. Saya perlu percaya kepada dia sama ada suka atau tidak. Saya tidak boleh berada di sini pada setiap masa walaupun ada yang mahu saya berkhidmat melangkaui tempoh yang telah dipersetujui rakan gabungan,” katanya kepada CNN seperti disiarkan semalam.
Sebelum ini, mengikut perancangan, Pengerusi Pakatan Harapan itu akan menyerahkan kepimpinan kepada Anwar dalam tempoh masa dua tahun selepas menjadi Perdana Menteri.
– UTUSAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.