Saturday, September 22, 2018

Anwar gembira Mahathir jadi PM


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau "gembira" apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri Malaysia.

Bercakap kepada stesen Al Jazeera dalam program UpFront, Anwar berkata Dr Mahathir mempunyai tugas yang besar sebagai perdana menteri ketika ini.

"Saya gembira Mahathir kini perdana menteri.

"Beliau mempunyai tugas yang besar. Kami memerlukan seorang pemimpin yang tegas buat masa ini dan beliau melakukannya dengan sangat baik," katanya.

Program itu disiarkan stesen TV berkenaan hari ini.

Anwar yang disusun Pakatan Harapan untuk menjadi perdana menteri kelapan Malaysia berkata demikian semasa ditanya siapakah pemimpin yang diingini rakyat Malaysia - sama ada dirinya atau Dr Mahathir.

Kata bakal calon pilihan raya kecil Port Dickson itu beliau sama ada wujud sebarang kaji selidik mengenai perdana menteri pilihan rakyat Malaysia dijalankan.

Namun kata Anwar beliau tidak kisah jika rakyat Malaysia menyokong cara Dr Mahathir mentadbir negara sekarang ini.

"Saya tidak keberatan jika rakyat Malaysia secara umum menyokong beliau. Saya fikir beliau sangat popular," katanya.

Pada suatu ketika hos UpFront Mehdi Hassan bertanya bagaimana Anwar mampu memaafkan Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib Razak.

Kata Anwar memberikan kemaafan adalah proses yang menyakitkan dan ia tidaklah semudah yang disangka.

"Kami (Anwar dan Dr Mahathir) bercakap mengenai negara. Kami berbual tentang keadilan, kami bercakap tentang belas ihsan.

"Apakah gunanya agama jika kita tidak memperlihatkan belas ihsan dan kesediaan untuk memberi kemaafan?" katanya.

Walaupun keluarganya menderita selama dua dekad, membalas dendam tidak ada menjadi agenda mereka.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-