Sunday, September 30, 2018

Isu kerajaan perpaduan tamat, kata Zahid

Adam Abu Bakar
-September 30, 2018 9:01 PM


KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu penubuhan kerajaan perpaduan dengan parti lain tidak akan dibincangkan lagi, selepas kritikan terhadap cadangan itu dalam perhimpunan agung kali ini.

“Isu kerajaan perpaduan tutup seperti mana saya jelaskan dalam ucapan penutup saya,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno ke-72 menutup tirai hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan parti itu tidak bermimpi ditawarkan jawatan atau menubuhkan kerajaan perpaduan dengan parti komponen Pakatan Harapan.

“Kita ubahlah dan buatlah apa yang patut supaya kesilapan lalu tidak lagi diulangi, kita mesti berusaha. Jangan bermimpi lagi akan ada orang bawa tepak sirih untuk tubuhkan kerajaan.

“Kalau bawa tepak sirih untuk kita jadi penumpang, maka lupakan. Walaupun sudah jatuh terjerumus, tidak bermakna kita tidak boleh bangun semula. Kita dengan tekad murni, bangun semula,” kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu.

Baru-baru ini, Zahid mengalu-alukan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti politik, termasuk PKR.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Ketuanya, Shahril Hamdan yang berkata, parti itu tidak perlu menggunakan “pintu belakang” untuk mendapat kuasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-