Friday, September 21, 2018

Tiada rampasan di kediaman keluarga Najib - peguam

Bernama
September 21, 2018 05:21 MYT

Najib hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kemasukan wang RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau, Kuala Lumpur, 20 Sept, 2018. --foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis membuat pemeriksaan di kediaman keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Eaton di sini, petang Khamis.

Perkara itu disahkan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menurut beliau, sepasukan anggota polis tiba di rumah berkenaan petang semalam ketika proses pendakwaan terhadap Najib berlangsung di mahkamah.

"Bagaimanapun, saya difahamkan tiada sebarang rampasan dilakukan di kediaman itu," katanya ketika dihubungi.

Najib pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan sejumlah RM2.282 bilion.

BACA: Saya tak minta kutip sumbangan bayar ikat jamin - Najib

BACA: 'Saya tak masuk lokap' - Najib

Mahkamah membenarkan Najib diikat jamin sebanyak RM3.5 juta yang akan dibayar secara berperingkat mulai hari ini sehingga 28 Sept.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-