September 21, 2018 Admin
Suara Tanpa Sempadan
SHAH ALAM – Anak lelaki bekas Perdana Menteri Nooashman Najib berang dengan tindakan polis menyerbu kediaman neneknya semalam.
Menerusi Instagram Ashman pihak berkuasa sepatutnya tidak melibatkan neneknya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Tolong jangan libatkan nenek saya dalam hal ini!!! Serbu rumahnya masa kami berada di mahkamah??,” katanya.
Beliau menyelar polis kerana membuat serbuan ‘tanpa hasil’ justeru itu tidak ada berita atau gambar serbuan tersebar.
“Kami hairan kenapa tidak ada gambar serbuan. Apa sebabnya? Sebab tidak ada apa-apa yang dijumpai.
“Adakah perlu untuk wanita berusia 87 tahun berhadapan dengan pengalaman seperti ini?
“Inikah Malaysia baharu yang sepatutnya masyarakat kita terima? Ini bukan sepatutnya dendam politik tapi politik keharmonian yang menyatukan kita,” tambahnya.
Terdahulu disahkan bahawa kediaman Tun Rahah di Jalan Eaton in Kuala Lumpur diserbu pada masa yang sama Datuk Seri Najib Razak berada di mahkamah menghadapi 25 pertuduhan semalam.
-SuaraTv
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.