Friday, October 5, 2018

ANWAR MANIPULASI JENTERA KERAJAAN KEMPEN PRK PD

By watan 
on October 4, 2018


Tindakan calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanipulasi majlis dan jentera kerajaan untuk tujuan berkempen membuktikan beliau individu yang tidak boleh dipercayai kerana ‘cakap tidak serupa bikin’.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata Anwar seolah-olah lupa dengan kenyataannya yang menolak sebarang penggunaan aset kerajaan dalam kempen beliau.

“Beliau lupa dengan kenyataan beliau sendiri dalam sidang media bertarikh 21 September 2018 yang lalu sebagaimana yang telah disiarkan oleh Astro Awani.

“Antara ungkapannya, “Saya mahu PRK Port Dickson bebas daripada penggunaan aset dan jentera kerajaan”. “Pihak yang berkempen dan hadir untuk memberi sokongan kepada saya, perlu hadir sebagai pemimpin parti dan bukannya wakil kerajaan”

“Jadi, apakah semua ini? Sandiwara politik? Tidakkah ini secara jelas membohongi dan mengkhianati apa yang telah diucapkan oleh beliau sendiri?,” soalnya melalui kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah mengumumkan peruntukan segera berjumlah RM 500,000 untuk membaiki kuarters tentera di Port Dickson.

Mohamad Sabu juga telah menghadiri dan menyampaikan penganugerahan pingat kepada pesara tentera di Port Dickson.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pelbagai langkah sumbang yang ditunjukkan Anwar baru-baru ini membuktikan beliau bukanlah calon yang layak memimpin negara.

“Saya tidak fikir bahawa ini adalah calon yang sesuai diangkat sebagai Perdana Menteri? Cakap tidak serupa bikin.

“Tidak hairan sekiranya calon ini menang, reformasi institusi yang sering dilaungkan akan dibakulsampahkan begitu sahaja,” katanya.

Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-