Tuesday, October 2, 2018

Rosmah ditahan esok?

MyMetro
Utama
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my

Rosmah semasa hadir di Ibu Pejabat SPRM pada 26 September lalu. FOTO Luqman Hakim Zubir

ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta hadir untuk memberi keterangan kali ketiga di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, jam 10 pagi esok.

Difahamkan, ini mungkin kali terakhir Rosmah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum beliau dihadapkan ke mahkamah berikutan beberapa pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Beliau dijangka ‘meluangkan’ lebih banyak masa untuk disoal siasat SPRM sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di Kuala Lumpur, bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Dipercayai, notis untuk Rosmah hadir ke Ibu Pejabat SPRM sudah dihantar kepadanya, semalam.

Menurut sumber, kemungkinan besar Rosmah didakwa di mahkamah lusa.

Pada 26 September lalu, Rosmah memberi keterangan kepada SPRM hampir 13 jam.

Tindakan memanggil beliau adalah bagi membolehkan siasatan selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Oktober 2018 @ 9:33 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-