Tuesday, October 2, 2018

Anwar: Saya tak pernah minta Dr M mohon maaf pada saya

Diterbitkan 2 Okt 2018, 10:51 malam


Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah meminta permohonan maaf daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata Anwar, beliau sudah memaafkan Dr Mahathir dan berpuas hati bekerjasama dengannya.

“Saya tidak pernah mengharapkan permohonan maaf daripada Dr Mahathir. Saya puas hati dapat bekerjasama dengannya.

“Malah saya juga sudah maafkan Datuk Seri Najib (Razak) atas kapasiti peribadi tetapi beliau perlu menghadapi dakwaan berhubung skandal penyalahgunaan dana awam.

“Dengan Dr Mahathir pula, saya tidak perlu mengulas lanjut kerana beliau sudah berjaya melaksanakan agenda reformasi, malah menerima saya sebagai rakan.

“Dalam hal ini, itu sudah cukup,” katanya seperti dilapor The Star.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir dalam wawancara BBC yang menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepada Anwar berhubung pemecatan presiden PKR itu sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

"Saya tak pernah minta maaf dengan dia (Anwar), orang lain yang kata kerana mereka mahu saya memohon maaf. Tetapi saya tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepadanya,” kata Dr Mahathir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-