-2018-10-26
“Ada yang kata jemputan saya kepada Mahathir dan anggota BERSATU sertai Umno sebagai nakal.
“Politik bukan untuk bernakal-nakal. Saya berfikir dari sudut politik serta kepentingan Melayu dan Islam yang menjadi teras kepada Umno dan BERSATU.
“Umat Melayu dan Islam akan lebih bersyukur kiranya ini terjadi. Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur,” tulisnya di Twitter hari ini.
Annuar berkata, kedudukan Tun Mahathir sebagai perdana menteri tidak harus diletakkan di tangan “musuh” kerana BERSATU hanya memegang 13 daripada 126 kerusi di Dewan Rakyat.
Annuar yang merupakan setiausaha agung Umno membuat pelawaan itu pada 24 Oktober lalu sebagai maklum balas kepada Mahathir yang dilaporkan mempelawa anggota Umno untuk menyertai parti serpihan itu.
Susulan itu, Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan kenyataan Annuar itu sebagai pelawaan nakal dan “tak berapa logik” kerana bagaimana mungkin Tun Mahathir yang mempengerusikan parti dalam kerajaan akan menyertai parti pembangkang.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.