Tuesday, October 23, 2018

Wang GST 'dirompak': Selesai Irwan, Najib pula selepas ini

Published on October 23, 2018
in Nasional by webadmin

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan mereka telah selesai menjalankan lanjutan prosiding bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah membabitkan tuntutan tunggakan bayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion.

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, selepas ini PAC akan memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini telah memanggil Irwan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung tuntutan wang GST berkenaan.

“Selepas Irwan tadi, kita panggil Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subramaniam Tholasy dan esok pula kita akan memanggil bekas perdana menteri (Najib).

“Selepas ini saksi terakhir yang akan dipanggil ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng,” katanya selepas perjumpaan bersama Irwan di Bilik Mesyuarat di Parlimen, di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-