Tuesday, October 23, 2018

Najib: Eksport sawit nampak pelik

Diterbitkan 23 Okt 2018, 2:36 petang 


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membangkitkan isu kemerosotan eksport sawit negara selepas Mei tahun ini yang disifatkannya "nampak pelik".

Katanya, dalam empat bulan pertama tahun ini, eksport sawit lebih tinggi daripada tempoh sama pada tahun pada 2017.

Bagaimanapun, katanya, selepas Mei, ia menjadi lebih rendah berbanding tahun sudah, sedangkan eksport negara jiran seperti Indonesia bertambah.

“Kenapa? Ini yang patut kita tanya, apakah langkah boleh dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat hari ini.

Anggota parlimen Pekan justeru menyeru perkara itu dipandang serius kerana ia melibatkan ramai pekebun kecil sehingga 650,000 orang.

Malah, katanya, jika dikira sekali anggota keluarga mereka, kira-kira tiga juta rakyat akan menderita.

“Saya masuk (tanah) rancangan Felda, suram dan tidak meriah, terkesan dengan harga minyak kelapa sawit yang jatuh begitu ketara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-