Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Show all posts
Showing posts with label Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Show all posts

Tuesday, October 23, 2018

Wang GST 'dirompak': Selesai Irwan, Najib pula selepas ini

Published on October 23, 2018
in Nasional by webadmin

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan mereka telah selesai menjalankan lanjutan prosiding bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah membabitkan tuntutan tunggakan bayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion.

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, selepas ini PAC akan memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini telah memanggil Irwan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung tuntutan wang GST berkenaan.

“Selepas Irwan tadi, kita panggil Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subramaniam Tholasy dan esok pula kita akan memanggil bekas perdana menteri (Najib).

“Selepas ini saksi terakhir yang akan dipanggil ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng,” katanya selepas perjumpaan bersama Irwan di Bilik Mesyuarat di Parlimen, di sini, hari ini.
By Wak Labu Farm at October 23, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GST, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Ketua Pengarah Kastam, Najib Tun Razak

Tuesday, May 15, 2018

Laporan audit 1MDB kini Dokumen Terbuka

Rohaniza Idris
roha@nstp.com.my

MyMetro
Utama

PEJABAT 1MDB di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP

LAPORAN Pengauditan Syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dikelaskan sebagai Rahsia pada 22 Januari 2016 kini dikategorikan semula sebagai Dokumen Terbuka.

Perkara itu disahkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya,beliau merujuk Laporan Pengauditan 1MDB yang dikelaskan sebagai RAHSIA pada 22 Januari 2016 dan dibentangkan kepada

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.

“Saya memaklumkan bahawa Laporan Pengauditan 1MDB itu telah dikelaskan semula sebagai Dokumen Terbuka dan Ringkasan

Eksekutif mengenainya boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mei 2018 @ 9:21 PM
By Wak Labu Farm at May 15, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Saturday, May 12, 2018

Laporan 1MDB bukan lagi rahsia

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
12 MEI 2018


PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mahathir berkata, beliau sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah OSA.

"Mereka kemudian akan menghantar laporan itu kepada saya dan saya akan menelitinya," katanya selepas majlis pengumuman barisan kabinet di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Laporan audit 1MDB itu dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen pada April 2016.

Namun, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA dan tidak pernah dibahaskan di Parlimen.
By Wak Labu Farm at May 12, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Dr Mahathir Mohamad, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Saturday, April 15, 2017

Saman Ezam tak berasas, Najib tiada kaitan 1MDB

Muhammad Rahimi Osman
ULASAN :  Saman yang dikemukakan oleh Presiden Parti Bebas Rasuah, Datuk Ezam Md Noor untuk menuntut ganti rugi daripada Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali.

Perdana menteri tidak mempunyai kaitan secara langsung dalam perjalanan operasi dan perniagaan yang dijalankan oleh 1MDB.

Ini disahkan dalam laporan 106 muka surat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh perdana menteri bersalah dalam isu 1MDB.

Transaksi usahasama perniagaan 1MDB yang disebut dalam saman Ezam Md Noor adalah transaksi yang sama disebut dalam kes saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. Namun, 1MDB telah berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang daripada transaksi usahasama tersebut.

Sebagai contoh, dalam usahasama bersama Petro Saudi, 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB. Tuntutan Ezam bahawa dia sebagai pembayar cukai dan seorang rakyat ‘bakal menanggung kerugian’ adalah tidak berasas sama sekali.

Seperti yang dinyatakan, bebanan yang ditanggung oleh 1MDB sebelum ini adalah berpunca dari masalah pengurusan dan tadbir urus korporat yang lemah oleh pihak pengurusan sebelum ini. Tidak ada sebarang bukti penglibatan, penyalahgunaan kuasa ataupun penyelewengan yang dilakukan oleh perdana menteri.

Dalam minit mesyuarat yang dikemukan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC, Ahli Lembaga Pengarah 1MDB juga telah bertindak tegas dengan menyoal, memberi teguran dan memberikan arahan kepada pihak pengurusan 1MDB untuk memastikan perjalanan syarikat lebih teratur dan profesional.

Melalui beberapa langkah strategik dan penstrukturan semula, 1MDB telah berjaya membayar kembali kesemua hutang jangka pendeknya.

Malah, beberapa hari lalu kita saksikan 8 buah pengkalan udara baru yang lebih moden dan selesa telah hampir siap dibina sepertimana perjanjian 1MDB dengan kerajaan sebelum ini. Keseluruhan pembinaan ini menelan belanja hampir RM2.7 billion. Secara logiknya, jika benar 1MDB kehilangan wang sebegitu banyak, ia tidak akan mampu melaksanakan komitmen sebesar ini.

Sebagai presiden sebuah parti politik baru yang cuba menempa nama di pentas politik tanahair, Ezam sepatutnya mencari isu-isu yang lebih segar untuk dibawa. Bukan hanya ‘menyalin semula' saman DOJ dan menfailkan di mahkamah Malaysia.

Ezam mempunyai 6 kotak isu rasuah, sudah tentu ada beratus kes di dalam 6 kotak tersebut. Jadi kenapa tidak dibawa keluar kes-kes yang belum didengar rakyat ini supaya menjadi isu yang lebih hangat?

Saya juga ingin mengulangi cabaran saya terhadap Ezam supaya membersihkan namanya dan juga mengisytihar segala dana yang diterima atas kapasiti peribadi serta NGO yang dipimpin selama dia berada dalam kerajaan.

Berapa jumlah dana yang diterima dan kemana dana ini dibelanjakan.
By Wak Labu Farm at April 15, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Perdana Menteri, Presiden Parti Bebas Rasuah Datuk Ezam Md Noor

Friday, October 28, 2016

1mdb tiada kaitan dengan Bajet 2017, dakwa menteri

Kow Gah Chie  : 

1MDB tidak disebut dalam Bajet 2017 yang dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober dan dalam Laporan Ekonomi 2017, yang memberikan gambaran keseluruhan mengenai kemajuan ekonomi negara, kerana ia adalah dua perkara yang berasingan.

Dalam penjelasannya, Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata, bajet kerajaan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan 1MDB, yang diuruskan oleh lembaga pengarahnya.

"Bajet adalah bajet, 1MDB adalah 1MDB, ianya dua perkara yang berasingan

"Bajet adalah sesuatu yang kita bentangkan kepada orang ramai untuk menjelaskan apa yang kerajaan akan lakukan - bagaimana hendak membelanjakan wang dengan pendapatan. Bajet tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan 1MDB. Sila beritahu saya bahagian mana yang berkaitan," katanya kepada Malaysiakini.

"Tetapi adalah salah untuk mengatakan bahawa kita tidak menangani (masalah) 1MDB," katanya.

"Melupuskan sebahagian aset untuk membayar bil-bil dan mencari rakan usaha sama untuk membangunkan tanah adalah antara rasionalisasi (pelan pengurusan hutang 1MDB)," jelasnya.

Menyelesaikan pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi juga merupakan salah satu strategi kerajaan dalam menangani isu itu, tambahnya.

Kerajaan, tegasnya, telah menunjukkan sikap keterbukaannya apabila ia mengarahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengadakan satu pendengaran mengenai 1MDB.

Selain itu, tambahnya, kerajaan membenarkan pihak berkuasa luar negara untuk menjalankan siasatan dan tindakan penguatkuasaan yang berkenaan dan memfailkan tindakan undang-undang mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan 1MDB.

Pada amalannya, kata Johari, kerajaan hanya akan membawa perkara itu kepada perhatian Parlimen apabila masalah timbul.

Memetik Malaysia Airline System (MAS) sebagai contoh, beliau berkata, kerajaan memberi jaminan untuk MAS dalam rombakan operasinya dan memberitahu Dewan Rakyat mengenainya.

"Tetapi apabila MAS tidak ada masalah, kita tidak beritahu Parlimen," katanya.

Ahli Parlimen DAP Tony Pua telah membangkitkan isu defisit yang meningkat di kalangan perbadanan awam bukan kewangan (NFPCs) dalam satu kenyataannya pada hari Ahad.

Beliau berkata defisit perbelanjaan tersebut adalah RM10.6 bilion pada tahun 2013, tetapi dianggarkan mencecah RM50.5 bilion tahun ini.

Pua telah mendakwa bahawa sama ada 1MDB atau projek-projek yang dijalankan oleh anak-anak syarikatnya, pernah disenaraikan sebagai salah satu daripada 30 NFPC dalam laporan ekonomi sebelum ini, dan hanya dikurangkan kepada 29 NFPC dalam Laporan Ekonomi 2014/2015.

Pua kemudian mendakwa defisit itu boleh menjadi lebih tinggi sekiranya kerajaan memasukkan 1MDB atau anak-anak syarikatnya sebagai salah satu NFPC.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa kerajaan perlu memasukkan 1MDB untuk mencerminkan lebih baik mengenai prestasi syarikat berkaitan kerajaan ((GLC).

Pua membuat dakwaan itu berdasarkan Laporan Ekonomi 2012/2013, yang menyatakan NFPC terlibat dalam projek-projek, antaranya, pembangunan bercampur di Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX), akan memberi impak besar ke atas pertumbuhan ekonomi serta mengubah fizikal, kewangan dan landskap digital Malaysia pada masa akan datang.

Laporan ekonomi sebelumnya, bagaimanapun tidak menyenaraikan semua 30 syarikat itu.

Johari menjelaskan bahawa 1MDB tidak pernah dimasukkan sebagai salah satu daripada NFPC dalam laporan ekonomi sebelumnya.

"Mengapa 1MDB bukan salah satu daripada 29 atau 30 NFPC? Kerana NFPC ditakrifkan sebagai syarikat yang beroperasi. Tetapi jika anda adalah sebuah syarikat pelaburan, maka anda tidak termasuk," kata beliau sambil menambah Khazanah tidak ada dalam senarai itu atas sebab yang sama.

Beliau berkata anak syarikat boleh disenaraikan sebagai NFPC dalam laporan ekonomi jika sekurang-kurangnya 50 peratus daripada ekuiti syarikat beroperasi itu, dimiliki oleh kerajaan dan mempunyai perolehan tahunan sebanyak RM100 juta.

Johari, bagaimanapun tidak bersetuju bahawa kedudukan kewangan syarikat kerajaan boleh ditakrifkan dengan hanya melihat pada defisitnya.

"Saya rasa pengiraan itu adalah salah. Anda tidak boleh mengira defisit dengan cara ini. Anda hanya akan mempunyai defisit apabila kedua-dua kunci kira-kira (balance sheet) dan dana pemegang saham adalah negatif," katanya.

"Tetapi jika dana pemegang saham mereka adalah positif, yang bermakna mereka mempunyai 'corresponding asset'. maka anda tidak boleh memanggilnya defisit," katanya.

"29 syarikat yang disenaraikan adalah syarikat-syarikat yang tegap, mereka membayar cukai korporat dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Mereka mempunyai liabiliti tetapi pada masa yang sama, mereka mempunyai aset.

"Mereka tidak mengalami defisit, mereka mempunyai liabiliti dan 'corresponding asset'; (tetapi) anda tidak boleh lihat pada liabiliti tanpa melihat pada aset," katanya.
By Wak Labu Farm at October 28, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Bajet 2017, International Petroleum Investment Company (IPIC), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Menteri Kewangan Kedua

Tuesday, June 14, 2016

IPIC heret 1MDB, k'jaan ke timbang tara London tuntut AS$6.5b


International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, lembaga pengarah baharu 1MDB akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Khamis ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mempengerusikan lembaga pengarah dengan tiga anggota itu.

Ahli yang lain adalah Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd, Datuk Kamal Mohd Ali.

Mohd Irwan berkata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda, akan memberi taklimat kepada ahli mengenai perkara berkaitan dana pelaburan strategik itu.

"Kami akan teruskan dari situ," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai perkembangan terkini berhubung 1MDB selepas melancarkan 'The National Code Challenge' di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Lembaga Pengarah baharu itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada bulan lepas, selepas ahlinya sebelum ini secara rasmi meletak jawatan.

Mohd Irwan berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan idea bagi pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB dan cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mengulas mengenai langkah rasionalisasi, Mohd Irwan berkata lembaga pengarah itu akan meneliti liabiliti dan aset 1MDB sebagai sebahagian daripada proses.
[Baca berita penuh]
By Wak Labu Farm at June 14, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Mahkamah Timbangtara London

Saturday, May 28, 2016

Bank Negara buat laporan polis terhadap WSJ - Najib

 Send by Email
Kuala Lumpur – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap Wall Street Journal (WSJ) hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Najib yang mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini memberitahu pemberita demikian apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap WSJ berikutan beberapa laporan mengenai 1Malaysia Development Bh (1MDB).

Difahamkan satu daripada laporan itu berkaitan dokumen bocor yang didakwa dari BNM kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Najib berkata, polis perlu menyiasat laporan itu kerana menerbitkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah satu perkara serius.

“Mereka (polis) perlu memberi jawapan kepada kita” katanya.

Ditanya sama ada laporan yang diterbitkan itu tulen, Najib berkata, beliau akan membiarkan polis menyiasat. – Bernama

Read more http://www.kualalumpurpost.net/bank-negara-buat-laporan-polis-terhadap-wsj-najib/
By Wak Labu Farm at May 28, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wall Street Journal (WSJ)

Wednesday, May 11, 2016

Keputusan penghakiman terus Najib saman Harakah - 23 Mei

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetahui pada 23 Mei ini tahu sama ada akan mendapatkan penghakiman terus daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung samannya ke atas Harakahdaily berhubung tulisan yang mengaitkan 1MDB dengan anak tirinya, Riza Aziz.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di kamarnya selepas mendengar hujah peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Wan Rohimi Wan Daud bagi pihak Harakah.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, Hafarizam berkata, beliau berhujah bahawa artikel yang disiarkan dalam lidah rasmi PAS itu adalah fitnah dan alasan pembelaan bahawa ia adalah keistimewaan terpilih atau justifikasi tidak boleh digunakan.

"Ini berikutan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April lalu mendapati bahawa Najib tidak terbabit dengan apa yang berlaku terhadap 1MDB," katanya.

Najib menamakan Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakub dan Ketua Pengarang Harakah, Taufik Yahya sebagai defendan dalam saman fitnah yang difailkan pada 18 Mac tahun lalu, berikutan penerbitan artikel yang sebahagian besarnya berdasarkan laporan New York Times.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib berkata artikel berkenaan menggambarkan beliau sebagai menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitannya bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya.

Beliau juga mendakwa bahawa Taufek gagal menjalankan kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mengesahkan sama ada kandungan dalam artikel Rosli adalah tepat sebelum menerbitkannya.

Penghakiman terus adalah keputusan mahkamah tanpa melalui perbicaraan penuh di mana kes itu akan diputuskan mengikut fakta undang-undang

Sebelum ini dilaporkan bahawa Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk membatalkan dua perenggan dalam kenyataan pembelaan Harakahdaily.

Rosli dalam artikelnya yang memetik laporan New York Times menghuraikan tentang aktiviti hartawan Jho Low di New York.

Memetik persahabatan Jho Low dan anak tiri Najib, Rosli mempersoalkan sumber kewangan Riza Aziz dalam membikin dua buah filem di New York.

Isnin lalu, Najib dan isterinya gagal mendapat penghakiman terus dalam saman mereka terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang membuat posting di Facebook mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam mesyuarat kabinet.

[Baca berita penuh]
By Wak Labu Farm at May 11, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Harakahdaily, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Sunday, April 24, 2016

PERKASA mahu RCI mengenai 1MDB ditubuhkan

Terence Tang
Kumpulan pendesak hak Melayu, PERKASA hari ini menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB ditubuhkan untuk membersihkan keraguan terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ketua Biro Pemantauan dan Integriti PERKASA, Azrul Akmal Saharuddin berkata, apabila laporan 1MDB dikeluarkan, rakyat yakin dan bersemangat untuk membaca mengenainya.

Bagaimanapun katanya, terdapat dakwaan laporan PAC itu telah disunting.

Beliau mempersoalkan di manakah integriti pihak berkuasa dalam menangani perkara seperti itu.
By Wak Labu Farm at April 24, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), PERKASA, Suruhanjaya Siasatan Diraja

Friday, April 15, 2016

Azalina: Jangan lagi terpedaya tuduhan anti-Najib

Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap rakyat semakin jelas berhubung isu 1MDB tidak lagi terpedaya dengan tuduhan golongan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir semalam bahawa sumbangan derma kepada Najib memang datang dari negara itu, menunjukkan apa dicanang pembangkang dan kumpulan Deklarasi Rakyat selama ini adalah tidak benar.

Beliau berkata sebelum ini, ramai yang mempertikaikan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa wang derma itu datang daripada Arab Saudi, bukannya daripada 1MDB.

Namun, katanya, kumpulan Deklarasi Rakyat terus mengelirukan rakyat dengan menuduh perdana menteri terlibat menyeleweng dana 1MDB.

"Terbaru, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut membuktikan yang perdana menteri tidak terlibat dalam apa-apa salah laku dalam urusan syarikat 1MDB. Jadi siapa yang berbohong selama ini?" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Azalina berkata bulan lalu, Australian Broadcasting Corporation (ABC) turut mendedahkan mengenai surat daripada keluarga diraja Arab Saudi dengan menyatakan derma yang diberikan sebagai hadiah atas usaha Najib mempromosikan Islam serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

Pendedahan itu bagaimanapun dilaporkan secara berat sebelah oleh Wall Street Journal (WSJ) yang tidak henti-henti menyerang perdana menteri, katanya.

Ketika berckap kepada wartawan Malaysia di Istanbul hari ini, Menteri Luar Arab Saudi itu dipetik sebagai berkata: "Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan."

Mohamed Apandi pada 26 Jan lalu, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd., dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
- Bernama
By Wak Labu Farm at April 15, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Peguam Negara, Wall Street Journal (WSJ)

Thursday, April 14, 2016

Muhyiddin kesal masih ramai ahli Umno tak faham isu

Shakira Buang
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal kerana masih ramai lagi ahli Umno yang tidak faham dengan tujuan utama desakan supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.

Menurut Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh, di kawasannya sahaja sudah berkali-kali beliau diminta untuk memberikan taklimat berhubung kontroversi yang membelit perdana menteri khususnya 1MDB dan wang derma RM 2.6 bilion.

"Saya dah beberapa kali bercerita, mereka kata tak faham-faham. Di kawasan saya di Pagoh pun mereka minta beri taklimat. Berapa kali saya nak beri taklimat? Ahli Umno tak faham-faham.

"(Isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion) ini ada kaitan dengan desakan bahawa kita nak perdana menteri letak jawatan sekarang," kata Muhyiddin.

Timbalan presiden Umno yang digantung itu berkata demikian ketika berucap dalam program 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.

Tegas Muhyiddin lagi, beliau dan kepimpinan akar umbi tidak akan membuat desakan agar presiden Umno itu meletakan jawatan sebagai perdana menteri jika tiada isu yang serius melibatkan dirinya.

"Ini bukan perkara mainan sebab apabila kita desak, mesti sebab yang serius. saya nak tanya isu 1MDB serius atau tidak? soal Muhyiddin kepada hadirin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kegagalan pengurusan 1MDB menyediakan laporan yang lengkap antara punca Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak dapat membuat rumusan mendalam

"PAC mengatakan perdana menteri terkecuali dan tidak terlibat kerana 1MDB tak beri laporan lengkap kepada PAC untuk membolehkan PAC buat satu rumusan mendalam, sedangkan PAC sudah sediakan laporan dan menyatakan kepincangan tertentu.

"PAC juga tidak dapat mengesahkan kedudukan wang ini. Maknanya laporan PAC pun tidak lengkap. Saya bukan hendak menidakkan bidang kuasa PAC, tetapi laporan itu mengakui ia tidak lengkap," ujar Muhyiddin.

Muhyiddin juga turut menepis dakwaan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai nyanyuk ketika berterusan menyerang pentadbiran Najib.

"Bila Tun M kata dah hilang (wang 1MDB) Tun M balik kena marah, dikutuk orang tua nyanyuk. (Tapi Tun M) tak nyanyuk sebaliknya beliau nampak hebat. Mana-mana pergi beliau cakap soal kepentingan negara," jelas Muhyiddin.
By Wak Labu Farm at April 14, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Datuk Seri Najib Razak, derma RM2.6 bilion, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tan Seri Muhyiddin Yassin

Saturday, April 9, 2016

Apa nak bising tak puas hati lagi pasal 1MDB, soal Najib

by ANA GHOIB
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak menjadikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai penghalang negara daripada terus maju.

Ini kerana, kerajaan telah menjalankan siasatan termasuk mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat dan membentangkan laporan tentangnya di Dewan Rakyat pada Khamis.

“Jadi apa lagi nak bising, apa lagi tidak puas hati? Jadi, janganlah kita nak jadikan ia sebagai satu yang menghambat (kemajuan) kita.

“Sudah sampai masa kita lihat ke depan, untuk membina masa depan yang lebih cemerlang,” katanya semasa menutup perhimpunan agung Kongres India Muslim Malaysia Ke-39 di sini, hari ini.


PAC, yang dianggotai anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Najib juga menjelaskan kepimpinannya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat, oleh itu, ia tidak boleh ditukar ganti selain melalui suara rakyat iaitu pilihan raya.

Katanya seorang Perdana Menteri hanya boleh ditukar jika beliau tidak mendapat kepercayaan di Parlimen atau pun telah ditolak oleh anggota partinya sendiri.

Dalam hubungan ini, Najib menegaskan beliau mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen serta anggota UMNO.

“Oleh itu, kalau ada cara-cara yang tidak menghormati Perlembagaan, sama ada demonstrasi jalanan, nak buat referendum, nak buat apa jua deklarasi pun, maka, itu semua tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Jika cara yang tidak sah dibenarkan, ia akan menyebabkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara,” kata beliau. – BERNAMA
By Wak Labu Farm at April 09, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Friday, April 8, 2016

Hasan: PM tak disebut dalam laporan PAC kerana tiada bukti salah laku

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak disebut dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana PAC tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa, kata Pengerusinya Datuk Hasan Arifin.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dan konsesus oleh anggota PAC (yang anggotanya terdiri daripada anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang), katanya dalam wawancara dengan Bernama hari ini.

Laporan PAC berkaitan 1MDB dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Hasan berkata walaupun sepanjang 18 bulan, wujud pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap perdana menteri, setiap tuduhan telah disiasat oleh PAC.

Hasil penemuan PAC bagaimanapun menjurus kepada kegagalan kronik terhadap proses yang sudah digariskan, peraturan dan prosedur, iaitu pengurusannya, dan bukannya kerajaan, perlu bertanggungjawab, katanya.

Beliau berkata pihak kerajaan sentiasa kekal dengan pendirian bahawa dakwaan dan tuduhan yang dibuat berkaitan rasuah, penyalahgunaan dana dan salah guna kuasa adalah palsu dan tidak berasas.

Hasan berkata sifat tidak berat sebelah PAC, keupayaannya untuk bersidang tanpa kehadiran media, orang awam dankerajaan, adalah antara yang membolehkannya mencapai satu kesimpulan yang seimbang, tepat dan adil.

"Benar, memang berlaku perdebatan dan bantahan terhadap beberapa isu, namun kami akhirnya akan mencapai satu kesimpulan, sebagaimana boleh dilihat dalam laporan ini," kata beliau.

Antara kesimpulan laporan itu semalam adalah tiada bukti untuk mncadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana atau berlaku transaksi pelaburan mahupun pelaburan atau mana-mana aktiviti 1MDB yang menjurus kepada aktiviti menyalahi undang-undang.

PAC juga tidak menemukan sebarang bukti untuk menunjukkan sebarang salah laku atau penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri, berkaitan 1MDB.

Hasan berkata PAC juga mendapati bahawa RM42 bilion hutang 1MDB tidak 'hilang' sebagaimana tuduhan pelbagai pihak, kerana ia sudah dihitung dan tiada pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Hasan berkata PAC bagaimanapun mengenal pasti beberapa contoh yang pengurusan 1MDB tidak mematuhi proses tatakelola yang tepat termasuk tidak melaksanakan arahan spesifik Lembaga Pengarah, membuat keputusan sebelum menerima kelulusan sepenuhnya daripada Lembaga Pengarah dan gagal untuk telus dengan Lembaga Pengarah.

"Untuk itu, saranan secara spesifik turut dinyatakan dalam laporan di mana kami yakin pihak berkuasa terbabit akan menilai dan mengambil tindakan, jika perlu," katanya.

Menurut Pengerusi PAC itu, kesimpulan itu juga dicapai ekoran akses kepada maklumat tanpa batas dan penggunaan sumber Parlimen yang banyak yang membolehkan jawatankuasa itu mencapai satu kesimpulan.

Ditanya adakah terdapat satu mekanisme untuk mana-mana individu merayu terhadap pencarian fakta yang dihasilkan PAC, seperti melalui mahkamah atau semakan kehakiman, Hasan berkata memandangkan PAC tidak mengeluarkan hukuman, tiada yang perlu dirayu.

"Bidang kuasa PAC tidak mengeluarkan hukuman, tiada yang perlu dirayu. Bidang kuasa PAC ialah untuk mengesahkan pematuhan fidusiari dan mengutarakan pelanggaran yang memerlukan penilaian lanjut atau siasatan lanjut daripada pihak perkuasa berkaitan," katanya.

Ditanya sama ada penemuan salah laku dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan menjadi asas untuk melakukan penilaian lanjut terhadap GLC lain, Hasan berkata untuk memberi penjelasan lebih tepat, hasil penemuan PAC tidak menjurus kepada salah laku, iaitu satu terma pejoratif atau mengelirukan.

Selain Hasan, PAC dianggotai Naib Pengerusi, anggota Parlimen Kepong daripada DAP, Dr Tan Seng Giaw manakala anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada lapan anggota Parlimen Barisan Nasional, dua PKR dan masing-masing seorang daripada DAP dan PAS.

- Bernama
By Wak Labu Farm at April 08, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

1MDB dan 2 misteri yang belum selesai

Tuan Ibrahim Tuan Man
ULASAN   Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada perdana menteri dalam:

Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;

Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk pengarah urusan dan pengarah alternatif) serta pengurusan tertinggi syarikat; dan

Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi kerajaan.

Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:

Pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.

Penyaluran dana sebanyak AS$993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.

Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.

Sejajar itu, PAS menuntut PM untuk:
Memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas isu 1MDB, yang dibiarkan sehingga berjaya ‘mengumpul’ hutang sebanyak RM50 bilion.

Menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah AS$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan isu yang dibangkitkan gabenor Bank Negara mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas.

Mengambil sikap kepimpinan melalui teladan dengan mengambil tanggungjawab penuh kelemahan pentadbiran 1MDB dengan mengundurkan diri sebagai menteri kewangan pada kadar segera.

Memberikan sokongan penuh selaku PM kepada PAC dan Bank Negara untuk mengesan aliran tunai pelaburan 1MDB ke Bridge Global SPC dan Aabar Ltd dengan mengarahkan 1MDB mengemukakan penyata bank luar negara untuk disemak dan diteliti.

Melepaskan laporan audit 1MDB kepada awam untuk menjaga integriti laporan PAC.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
timbalan presiden PAS.
By Wak Labu Farm at April 08, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Bekas CEO 1MDB dakwa Najib enggan buat penilaian semula aset

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim mendakwa Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang merujuk kepada kedudukan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

“Selanjutnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB menyediakan kertas ringkasan komprehensif kepada pengerusi Lembaga Penasihat yang mengandungi kronologi peristiwa berkaitan perjanjian usaha sama, status pembiayaan dan ketidakpuasan hati Lembaga Pengarah 1MDB terhadap laporan penilaian aset PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.

“Bagaimanapun, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset syarikat usaha sama tersebut kerana pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai pemilikan syarikat usaha sama.

“Namun demikian, semakan JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat,” menurut laporan itu.

[Baca berita penuh]
By Wak Labu Farm at April 08, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, JAN (Jabatan Audit Negara), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Thursday, April 7, 2016

TPM: Laporan buktikan tiada 'tangan lain'

Zulaikha Zulkifli
Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuktikan bahawa dakwaan wujudnya 'tangan lain' dalam mendapatkan keuntungan daripada syarikat kerajaan itu tidak betul, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan itu turut menolak dakwaan bahawa seseorang telah mengarahkan transaksi dan perjanjian komersial dalam 1MDB.

"Saya harap isu ini tidak lagi akan menjadi polemik politik dan laporan itu diterima sebagai laporan awam," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya semua pihak termasuk anggota parlimen dari kedua-dua belah pihak menerima hasil laporan tersebut.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri turut meminta supaya siasatan dilakukan terhadap mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan.
By Wak Labu Farm at April 07, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Laporan PAC buktikan Najib tak bersalah

WARTAWAN SINAR HARIAN
7 APRIL 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media bersama wartawan Malaysia berkaitan Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Asean yang berakhir Selasa. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didakwa pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, laporan PAC itu turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan kewangan dan tiada duit yang hilang seperti didakwa sebelum ini.

“PAC adalah jawatankuasa bi-partisan yang dianggotai oleh wakil pembangkang dan kerajaan. Proses siasatan yang dijalankan secara transparen dengan memanggil saksi-saksi yang berkaitan serta menggunakan dokumen-dokumen sokongan yang sah,” katanya.

Berdasarkan laporan PAC hari ini, hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu 'kurang memuaskan', yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

Namun, PAC mendapati bahawa kerajaan telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.

Dalam pada itu, Azalina berkata laporan itu sekali gus mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja tidak melakukan sebarang kesalahan, malah tidak menyumbangkan kepada kesalahan jenayah.

“Terbukti segala tuduhan dan tohmahan terhadap Perdana Menteri selama ini adalah tidak berasas dan hanya bermotifkan politik semata-mata yang berniat untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik,” katanya.

Laporan setebal 106 halaman itu turut mendedahkan terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian impak terhadap aliran tunai syarikat.

PAC berpendapat Lembaga Penasihat syarikat perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 dalam memorandum dan artikel syarikat, dengan segala rujukan kepada Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB seperti Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, tanah Air Itam dan tanah Pulau Indah seharusnya diserahkan kepada MKD supaya dapat dikawal selia dan diuruskan dengan lebih rapi dan teliti.

Setelah beroperasi lima tahun, 1MDB, anak syarikat milik penuh kerajaan, menghadapi masalah ketidakseimbangan aliran tunai pada November 2014.

Kesimpulannya, hasil siasatan PAC sejak 19 Mei tahun lepas mendapati jumlah hutang 1MDB bermula pada tahap RM5 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014.

Pada Januari 2016, hutang tersebut mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit).
By Wak Labu Farm at April 07, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Thursday, March 31, 2016

1MDB minta Rafizi henti campur tangan

Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya menghentikan campur tangan dalam proses siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap syarikat itu.

Dalam kenyataan, 1MDB berkata ia difahamkan bahawa Rafizi telah membuat laporan polis terhadap pengurusan kanan 1MDB.

"1MDB mengesahkan bahawa pasukan pengurusan kanan akan bekerjsama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan yang difikirkan wajar oleh pihak polis.

"Rafizi mendakwa bahawa beliau telah mendedahkan kepada umum maklumat sulit berkaitan dengan perkara tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sekiranya apa yang dilakukan oleh Rafizi adalah benar, maka ini secara jelas melanggar undang-undang...sekurang-kurangnya mengejutkan dan lebih teruk datang daripada seorang Ahli Parlimen," menurut kenyataan itu.

Ia menyebut: Dakwaan Rafizi untuk membuat pendedahan merupakan sebahagian daripada siasatan PAC, sebuah jawatankuasa di bawah Parlimen dengan dianggotai lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan lima anggota pembangkang.

"Tidak ada keperluan untuk Rafizi mensensasikan apa yang sudah disiasat dan tidak kurang juga secara jelas melanggar undang-undang dengan berbuat demikian.

Syarikat dana pelaburan milik kerajaan itu berkata mereka sentiasa berpendirian secara konsisten bahawa jika terdapat sebarang salah laku, maka tindakan perlu diambil mengikut undang-undang.

Kenyataan 1MDB itu adalah susulan laporan polis oleh Rafizi terhadap pasukan pengurusan kanan syarikat itu supaya satu siasatan dibuka untuk memastikan tidak berlaku sebarang pecah amanah atau apa-apa pelanggaran undang-undang apabila sejumlah RM288 juta dana 1MDB digunakan bagi tujuan membayar faedah pinjaman 1MDB tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada lembaga pengarahnya. - Bernama
By Wak Labu Farm at March 31, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Rafizi Ramli

Wednesday, March 16, 2016

Speaker tidak benar MP mendapat penjelasan isu 1MDB dari Najib


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menjawab soalan yang mengaitkan syarikat pelaburan 1MDB.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) hari ini bangun untuk bertanya kepada Najib sama ada keyakinan pelabur asing akan terjejas terhadap negara apabila isu 1MDB masih belum dijawab dan akan menyebabkan lebih banyak kesan negatif serta tumpuan dari media asing.

Selepas soalan itu ditanyakan Pua, Pandikar kemudian meminta Najib tidak menjawab soalan tersebut kerana didakwa melencong dari soalan asal.

"Yang Berhormat tak perlu jawab, soalan ini amat melencong dari soalan asal.
"Yang berhormat kalau saya benarkan untuk bertanya sehingga tiga soalan, ambil kesempatan tanya soalan yang bukan politik. Ahli yang berhormat, terpulang pada perdana menteri nak jawab atau tak menjawab," kata Pandikar dalam Dewan Rakyat.

Selepas itu, Najib kemudian bangun dan berkata, pembangkang memang sering mengambil kesempatan.

Justeru itu, beliau berkata pencapaian ekonomi negara ini antara tertinggi di dunia dan isu yang melibatkan 1MDB diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Memang dia mencari kesempatan sepanjang masa tapi fakta pencapaian kita yang penting.
"Pencapaian ekonomi kita antara tertinggi di dunia. Maknanya isu ini, yang diwar-warkan secara tersusun, tapi kita akan beri jawapan sebab saya bertanggungjawab pada rakyat dan serah pada PAC untuk tentukan dan kita ada proses.

"Jadi tak ada apa yang patut risau. Proses akauntibiliti akan tetap berjalan di negara kita," kata Najib.
By Wak Labu Farm at March 16, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Speaker Dewan Rakyat

Tuesday, February 23, 2016

Laporan akhir ketua audit negara 1MDB akan dibentang awal Mac, kata PAC

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arrifin berkata, pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara berhubung 1MDB dijangka akan dibentangkan pada minggu pertama awal Mac ini bagi memastikan semua ahlinya hadir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari, 2016.

Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara (PAC) hari ini mengesahkan penangguhan pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dibentangkan esok dan Khamis.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arrifin berkata, pembentangan laporan itu dijangka akan dibentangkan pada minggu pertama awal Mac ini.

Hasan yang juga ahli Parlimen Rompin berkata, alasan penangguhan laporan itu adalah kerana kekurangan kehadiran ahli PAC.

"Penangguhan dibuat memandangkan ahli PAC berada di luar negara, menunaikan umrah serta ada yang mempunyai komitmen penting.

"Adalah penting untuk semua ahli PAC hadir bagi mendengar pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1 MDB berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan PAC menangguhkan pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara berhubung syarikat sarat hutang1MDB ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Ketua audit negara seharusnya membentangkan laporan audit Jabatan Audit Negara berhubung syarikat pelaburan strategik negara itu esok dan Khamis pada mesyuarat PAC tetapi ahli diberitahu sebaliknya dalam satu mesej lewat malam tadi.

Tidak dapat dipastikan siapa di kalangan ahli PAC yang berada di luar negara atau mengerjakan ibadah umrah memandangkan Parlimen hanya akan bersidang pada 7 Mac.

PAC mempunyai 14 ahli, diketuai Hasan yang menggantikan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana dilantik menjadi timbalan menteri dalam negeri pada Julai lalu.

Empat ahli Parlimen BN menggantikan Nur Jazlan dan 3 lagi yang menyertai pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas rombakan Kabinet mengejut menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal disingkirkan.

Ahli Parlimen PAS juga menggantikan seorang lagi yang meletakkan jawatan kerana menyertai PKR.

Pada 11 Februari, pengerusi PAC berkata, keutamaan pada ketika ini ialah pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara berhubung 1MDB kepada jawatankuasa bi partisan itu pada 24 dan 25 Februari. – 23 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-akhir-ketua-audit-negara-1mdb-akan-dibentang-awal-mac-kata-pac#sthash.RN7JCj0X.dpuf
By Wak Labu Farm at February 23, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Kemenangan PAS dengan kelebihan 65 undi sahaja.
    PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
  • Hine nye melayu dikace mate kaum cine...........
    Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
  • Keburukan UMNO dan keburukan PAS.
    Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
  • PAS Berkorban Apa Sahaja ~~~~~~~~~~~~~~~Demi Menjaga Hati Dan Menjaga Perasaan DAP
    PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
  • PAS - Parti Islam???
    Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
  • Ape orang tue ni dah buat selame lebih kurang 22 tahun menerajui negare.............?
    22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
  • Mampukah PAS mempertahankan N20 Sungai Limau?
    Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandi...
  • ISLAM PAS BODOH PIANG............
    Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Exco tiada kuasa gantung tugas SUK, penasihat undang-undang, AGC sanggah MB
    2 days ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    2 months ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    5 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    8 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    2 months ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Isu Tanah Babitkan Orang Asli Semelai Tasek Bera Perlulah Ditangani Dengan Baik Kerana Bahang PRU-16 Kini Semakin Menghampiri
    2 days ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.