-October 27, 2018 5:56 PM

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau pernah menemui Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama timbalan dan 3 naib presiden Umno.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, ada mesej jelas yang disampaikan kepada mereka dalam pertemuan itu.
“Dalam perjumpaan itu, beliau kata ‘itu (mesej) sangat jelas dan nyata bahawa kamu mesti lompat parti dan sertai PPBM.
“Kita mesti bubarkan Umno,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Perdana menteri sebelum ini mengalu-alukan ahli Umno menyertai PPBM, tetapi mereka dilarang bertanding sebarang jawatan parti bagi tempoh tertentu.
Semalam, bekas pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang lebih dikenali sebagai Tok Pa menyertai PPBM, selepas lebih sebulan meninggalkan parti itu.
Zahid hari ini enggan mengulas tindakan ahli Parlimen Jeli itu menyertai PPBM.
“Siapa Tok Pa? Saya tak kenal pun,” katanya ringkas.
Mustapa yang lebih 40 tahun bersama Umno meninggalkan Umno pada 18 September lalu kerana hala tuju Umno tidak lagi selari dengan prinsipnya.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu ialah pemimpin paling kanan Umno yang pertama keluar parti selepas pilihan raya umum ke-14.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.