Saturday, November 17, 2018

Amanah yakin dapat rampas K'tan pada PRU15 - Mat Sabu

Diterbitkan 17 Nov 2018, 10:27 pagi 


Parti Amanah Negara (Amanah) yakin akan dapat mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang berikutan perkembangan positif dari kalangan rakyat negeri itu terhadap Amanah ketika ini.

Presidennya Mohamad Sabu berkata parti itu kini menerima purata 10,000 keanggotaan baharu sebulan di seluruh negara dan yang paling ramai ialah dari Kelantan ketika ini.

“Disebabkan perkembangan itu, saya yakin pada pilihan raya umum ke-15 nanti, kita boleh mengambil alih pentadbiran di sana,” kata beliau dalam ucapan di Konvensyen Amanah peringkat negeri Johor di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Johor Datuk Osman Sapian.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohamad berkata negara-negara Arab perlu mengikuti contoh bagaimana negara-negara Asean bekerjasama dan memahami sesama sendiri.

Menurut beliau jika dilihat negara-negara Arab, penduduknya mempunyai bahasa dan kepercayaan yang sama, namun mereka tidak boleh bersama-sama, berbeza pula dengan Asean.

Katanya meskipun hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja yang merupakan negara yang mempunyai penduduk yang majoriti Islam manakala yang lain adalah negara-negara bukan Islam, tetapi mereka masih boleh bekerjasama.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-