Saturday, November 17, 2018

Sokong ICERD Ini Bukti Memperjuangkan Melayukah?

 November 17, 2018

Difahamkan Datuk Seri Zahid Hamidi pernah diminta untuk membubarkan UMNO oleh pemimpin parti lawan kerana parti itu kononnya sudah tidak lagi memperjuangkan orang Melayu.

Perkara ini sudah disahkan oleh semua yang terlibat, maka itu tidak timbul isu fitnah. Bezanya, Zahid dedah butir perbincangan (diminta bubar UMNO) awal lagi – tak lama selepas berjumpa dan pihak yang satu lagi baru mengesahkan butiran tersebut, kelmarin.

Cuma persoalannya kenapa permintaan seperti itu wujud bila tiada sebab untuk ianya berlaku?

Sebelum kita membincangkan hal itu, suka diingatkan bahawa ironinya, perkara ini hanya berkait antara UMNO dengan satu parti lawan yang diketahui mempunyai jumlah kerusi yang agak corot di kalangan 4 parti komponen dalam pakatan pemerintah sedia ada, begitu aktif memancing ahli parlimen UMNO untuk menyertai mereka.

Parti ini saja, parti-parti lain dalam pakat yang sama, tak pulak nampak kebulur nak ahli UMNO (sebut ahli parlimen) menyertai mereka.

Ini seterusnya menimbulkan persoalan adakan permintaan tersebut wujud kerana UMNO tak lagi memperjuangkan orang Melayu atau sebab nak mengukuhkan partinya sendiri?

Tanya.

Di kedai-kedai kopi dan banyak platform media sosial, dah banyak orang kata, alasan kedua itulah sebab utamanya. Kerana semua orang tahu, dalam kenyataan yang sama, selepas UMNO dibubarkan, semua ahlinya (termasuk ahli parlimen), masuk dalam satu parti ini sahaja pulak.

Kenapa?

Lagipun, tang mana logik yang UMNO ini tidak lagi memperjuangkan orang Melayu? Apa dalam perlembagaan UMNO mengenai perjuangan orang Melayu ini yang telah dipinda sehingga dikatakan sedemikian?

Bercakap tentang isu ICERD yang nak diusahakan regim sekarang, apakah itu buktinya bahawa mereka memperjuangkan nasib orang Melayu sehingga UMNO diminta untuk dibubarkan?

Justeru, betullah tindakan Zahid untuk tidak melayan permintaan yang seperti ini kerana jelas alasan orang Melayu itu hanyalah permainan bibir saja, taknak nampak bodoh bila wartawan tanya. Hakikatnya, ini hanya bertujuan politik, demi survival keturunannya yang akan datang.

Tidak lebih dan tidak kurang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-