Oleh Aliff Fikri Aziz
Dr Afif Bahardin berkata pendirian PH jelas untuk tidak meratifikasi ICERD. ― Foto oleh Shafwan Zaidon
SEBERANG JAYA, 30 Nov — Wakil rakyat PKR mengecam tindakan pembangkang yang mahu meneruskan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Dr Afif Bahardin berkata demonstrasi yang bakal diadakan 8 Disember itu sia-sia ekoran kerajaan telah membuat "pendirian jelas" tidak meratifikasinya, lapor Sinar Harian.
"Tindakan penganjur yang mahu meneruskan himpunan tersebut umpama cuba menuang minyak kepada bara yang sedang menyala," kata exco kerajaan Pulau Pinang.
"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian jelas bahawa tidak akan menandatangani ratifikasi ICERD malah keputusan yang dibuat ini menyaksikan sudah tidak ada keperluan lagi untuk polemik ini dipanjangkan lebih-lebih lagi dengan penganjuran himpunan ini."
Afif berkata demikian merujuk himpunan tetap akan dibuat tanpa mengambil kira kes yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, baru-baru ini.
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa keputusan meneruskan himpunan bersama PAS itu, sebagai tanda terima kasih kerana kerajaan tidak tandatangan konvensyen berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.