Monday, November 19, 2018

ICERD: Kecoh di Dewan Rakyat bila Waytha berucap

Minderjeet Kaur
-November 19, 2018 1:52 PM

Waytha berkata beliau akan memberi jawapan bertulis kepada soalan mengenai ICERD, bukannya jawapan lisan. (Gambar Youtube)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy, terpaksa memendekkan ucapannya mengenai satu triti kontroversi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan diskriminasi kaum hari ini selepas anggota pembangkang menyerang beliau dengan panggilan “rasis” dan “penipu”.

Sebilangan wakil PAS dan Barisan Nasional (BN) juga berkata Waytha tidak berhak bercakap mengenai isu tersebut, terutamanya selepas kemunculan klip video temu bual beliau dengan seorang wartawan penyiaran Belanda 10 tahun lepas.

Speaker terpaksa menutup mikrofon, tetapi prosiding Dewan Rakyat terus terhenti.

“Anda menteri rasis. Tak perlu bercakap,” kata Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Sementara itu, Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) meminta Waytha duduk dengan berkata, beliau tidak layak menjawab soalan mengenai Konvensyen Antrabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Berikutan keadaan terus panas, Waytha berkata beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada soalan tersebut, bukannya jawapan lisan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-