Showing posts with label Waytha Moorthy. Show all posts
Showing posts with label Waytha Moorthy. Show all posts

Wednesday, December 26, 2018

Lantik 'pelajar nakal jadi pengawas', Tun M gagal

IZWAN ABDUL HALIM 
 26 DECEMBER 2018

KUALA LUMPUR:  Pelantikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Waytha Moorty Ponnusamy sebagai Menteri adalah umpama guru sekolah melantik pelajar nakal sebagai pengawas.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Che Abdullah Mat Nawi berkata, lantikan tersebut bertujuan supaya pelajar nakal itu akan menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab apabila diangkat sebagai pengawas.

"Tun Mahathir sebagai ahli politik berpengalaman sangat mengenali Waytha yang telah menunjukkan sikap 'racist', baik dari segi tindakan mahupun kenyataan-kenyataan dibuatnya sebelum ini.

"Juga penglibatan Waytha dalam organisasi yang berunsur perkauman. Tun barangkali mengharap seperti budak nakal tadi, mahu setelah Waytha dilantik Menteri, beliau akan berubah ke arah lebih positif.

"Tun mahu Waytha yang positif sebagai pemimpin di sebuah negara pelbagai kaum. Namun nampaknya Menteri itu tidak berubah," ujar beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Kelantan.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada penyataan kesal mahupun permohonan maaf daripada Waytha terhadap pelbagai tuduhan pernah dihamburkannya terhadap rakyat dan negara ini.

Bahkan sebaliknya kata beliau, terpacul pula dari Waytha kenyataan yang mengguris perasaan dan emosi pelbagai pihak hingga membangkit kebencian perkauman serta menjadi provokasi menakutkan.

"Jadi nampaknya Tun M benar-benar ingin mencuba konsep melantik pelajar nakal sebagai pengawas dengan melantik Waytha yang paling 'racist' itu sebagai Menteri Perpaduan.

"Dalam hal ini Tun M telah gagal. Waytha mesti diberhentikan!" gesa beliau.

 - HARAKAHDAILY 26/12/2018

Wednesday, November 21, 2018

Senarai pegawai Pejabat Waytha Moorthy jadi viral

KAMIL MASLIH
20 November 2018 11:35 AM

PUTRAJAYA 20 Nov. - Senarai organisasi Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang menerajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menjadi tular dalam media sosial berikutan keanggotaannya dikatakan tidak mencerminkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa kedudukan di Pejabat Menteri itu bagi jawatan Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Sulit hanya diduduki satu kaum sahaja.
Senarai pegawai Pejabat Waytha Moorthy yang menjadi viral di media sosial.

Antara komen dalam media sosial adalah pengguna Twitter bernama Ed Dev yang berkata "Perlu tindakan serius kerajaan PH (Pakatan Harapan). Tidak sesuai dengan objektif atau tujuan untuk membentuk perpaduan. Perlu ada banyak kaum di situ, jika tidak ia akan menjadi Kementerian Perpaduan untuk kaum India sahaja,".

Kebanyakan netizen berpendapat Pejabat Menteri itu perlu memberi contoh yang terbaik bagi mewakili kepelbagaian kaum di negara ini sekiranya benar-benar hendak memupuk semangat perpaduan rakyat Malaysia.

"Nama jabatan ini adalah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. Memang sungguh nampak perpaduan kaum di kalangan pegawainya," sindir seorang pengguna twitter, Don Juan Deryezal.

Waytha Moorthy sebelum ini telah pun menerima kecaman pelbagai pihak berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang disifatkan sebagai menentang semangat Perlembagaan Persekutuan.

Penularan kembali video wawancara Waytha Moorty kira-kira 10 tahun lalu di Belanda juga menimbulkan polemik dan kemarahan masyarakat umum kerana dilihat telah memanipulasikan beberapa fakta berkaitan layanan terhadap masyarakat India di negara ini.

Monday, November 19, 2018

ICERD: Kecoh di Dewan Rakyat bila Waytha berucap

Minderjeet Kaur
-November 19, 2018 1:52 PM

Waytha berkata beliau akan memberi jawapan bertulis kepada soalan mengenai ICERD, bukannya jawapan lisan. (Gambar Youtube)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy, terpaksa memendekkan ucapannya mengenai satu triti kontroversi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan diskriminasi kaum hari ini selepas anggota pembangkang menyerang beliau dengan panggilan “rasis” dan “penipu”.

Sebilangan wakil PAS dan Barisan Nasional (BN) juga berkata Waytha tidak berhak bercakap mengenai isu tersebut, terutamanya selepas kemunculan klip video temu bual beliau dengan seorang wartawan penyiaran Belanda 10 tahun lepas.

Speaker terpaksa menutup mikrofon, tetapi prosiding Dewan Rakyat terus terhenti.

“Anda menteri rasis. Tak perlu bercakap,” kata Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Sementara itu, Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) meminta Waytha duduk dengan berkata, beliau tidak layak menjawab soalan mengenai Konvensyen Antrabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Berikutan keadaan terus panas, Waytha berkata beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada soalan tersebut, bukannya jawapan lisan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-