Saturday, November 17, 2018

Streram bidas Zuraida, yakin diberi peluang sekali lagi

Nor Athirah Mohd Hanapiah
-November 16, 2018 9:09 PM


PETALING JAYA: Dr Streram Sinnasamy yakin dia akan diberi peluang untuk bertanding di DUN Rantau sekali lagi meskipun dibantah pemimpin PKR, Zuraida Kamaruddin atau mana-mana pihak.

Streram menepis bantahan terhadapnya sebagai “gila”. Sebelum ini, Zuraida menggesa PKR meletakkan calon wanita kerana tiada wanita bertanding di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum lepas.

“Saya fikir komen Zuraida itu dalam kapasiti sebagai seorang Wanita PKR. Tapi kita dah kerja sini 2 setengah tahun dan kita menang kes dan batalkan kemenangan. Malah juga merupakan penyelaras DUN di Rantau,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya hari ini mengisytiharkan keputusan PRU14 bagi DUN Rantau tidak sah dan terbatal, selepas hakim membenarkan petisyen Streram.

Streram kemudian menyuarakan hasrat untuk bertanding tetapi dibantah oleh Zuraida.

Demikian itu, Streram berkata dia akan bertemu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan kedudukannya.

“Saya 100% yakin akan dapat bertanding di PRK Rantau nanti. Saya mesti mempertahankan DUN Rantau sebab saya kenal semua penduduk-penduduk di Rantau dan kita akan jalankan kerja seperti biasa,” katanya lagi.

Pada PRU14, Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan diumumkan pemenang di DUN Rantau selepas Streram gagal mengemukakan kertas pencalonan kerana dilarang masuk ke pusat penamaan calon disebabkan tiada pas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-