Friday, December 7, 2018

Kebersamaan UMNO dan PAS satu keperluan

BERITA»PolitikJumaat, 7 Disember 2018
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

SETIAUSAHA Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan serta beberapa pemimpin PAS dan UMNO hadir pada Ceramah Grand Finale Himpunan Aman Rakyat Membantah ICERD di Kota Bharu, malam tadi. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU:  Majlis Syura Ulama PAS menyifatkan kebersamaan parti itu dan UMNO dilihat sebagai satu keperluan pada masa sekarang.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, turut mengakui kerjasama dengan UMNO turut menguntungkan PAS dalam membantu parti itu menegakkan Islam.

“Setakat hari ini, ia sangat memberi keuntungan kepada Islam, masyarakat Melayu.....Banyak aspeklah.

“Bagaimanapun, gabungan PAS dengan UMNO ini kita belum lagi bincang secara khusus namun begitu Majlis Syura Ulama sudah buat ketetapan.

“Segala persefahaman dibuat PAS dengan mana-mana parti lain, yang memberi keuntungan kepada Islam, dan perjuangan Islam, maka diizinkan mengikut nas yang ada dalam al-Quran dan hadis.

“Majlis Syura Ulama tidak memberi apa-apa halangan kepada PAS dan kepimpinan untuk mengadakan hubungan dengan mana-mana parti yang ada dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ceramah Grand Finale Himpunan Aman Rakyat Membantah ICERD, di sini, malam tadi.

Nik Zawawi berkata, PAS mengadakan hubungan dengan UMNO sudah lama sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lagi dan itu menggambarkan PAS sangat terbuka dengan mana-mana parti yang ada asalkan matlamat dibawa ada persamaan.

“Keputusan lebih khusus dalam perkara ini akan dibuat pada masa depan dan dijangka sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Apapun kita tengok reaksi dulu.

“Kalau situasi ini baik, persefahaman terjalin, dia pasti akan jadi lebih baik. Tetapi kita kena tengok perjalanan, reaksi penyokong kedua-dua parti kerana semua perkara perlu dinilai.

“Kerjasama sebelum ini seperti Rang Undang-Undang (RUU) 355 dan perbincangan lain sudah berlaku antara PAS dan UMNO bagi memastikan Islam yang dibawa ditegakkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-