Showing posts with label Majlis Syura Ulama PAS. Show all posts
Showing posts with label Majlis Syura Ulama PAS. Show all posts

Friday, December 7, 2018

Kebersamaan UMNO dan PAS satu keperluan

BERITA»PolitikJumaat, 7 Disember 2018
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

SETIAUSAHA Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan serta beberapa pemimpin PAS dan UMNO hadir pada Ceramah Grand Finale Himpunan Aman Rakyat Membantah ICERD di Kota Bharu, malam tadi. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU:  Majlis Syura Ulama PAS menyifatkan kebersamaan parti itu dan UMNO dilihat sebagai satu keperluan pada masa sekarang.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, turut mengakui kerjasama dengan UMNO turut menguntungkan PAS dalam membantu parti itu menegakkan Islam.

“Setakat hari ini, ia sangat memberi keuntungan kepada Islam, masyarakat Melayu.....Banyak aspeklah.

“Bagaimanapun, gabungan PAS dengan UMNO ini kita belum lagi bincang secara khusus namun begitu Majlis Syura Ulama sudah buat ketetapan.

“Segala persefahaman dibuat PAS dengan mana-mana parti lain, yang memberi keuntungan kepada Islam, dan perjuangan Islam, maka diizinkan mengikut nas yang ada dalam al-Quran dan hadis.

“Majlis Syura Ulama tidak memberi apa-apa halangan kepada PAS dan kepimpinan untuk mengadakan hubungan dengan mana-mana parti yang ada dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ceramah Grand Finale Himpunan Aman Rakyat Membantah ICERD, di sini, malam tadi.

Nik Zawawi berkata, PAS mengadakan hubungan dengan UMNO sudah lama sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lagi dan itu menggambarkan PAS sangat terbuka dengan mana-mana parti yang ada asalkan matlamat dibawa ada persamaan.

“Keputusan lebih khusus dalam perkara ini akan dibuat pada masa depan dan dijangka sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Apapun kita tengok reaksi dulu.

“Kalau situasi ini baik, persefahaman terjalin, dia pasti akan jadi lebih baik. Tetapi kita kena tengok perjalanan, reaksi penyokong kedua-dua parti kerana semua perkara perlu dinilai.

“Kerjasama sebelum ini seperti Rang Undang-Undang (RUU) 355 dan perbincangan lain sudah berlaku antara PAS dan UMNO bagi memastikan Islam yang dibawa ditegakkan.

Monday, November 13, 2017

Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul AM

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM:  PAS akan mewajibkan calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melafazkan sumpah taat setia kepada parti berteraskan Islam itu.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata bahawa pada PRU14, calon bukan Islam dikehendaki mengangkat sumpah taat setia atau aku janji.

"Pertamanya, lafaz bai'ah akan diteruskan bukan sahaja kepada calon-calon PAS yang beragama Islam malah turut dikenakan kepada calon-calon bukan beragama Islam yang bertanding atas tiket PAS," katanya kepada Antarapos.

Jelas beliau, tiada calon yang akan dikecualikan daripada melafazkan sumpah taat setia berkenaan yang menjadi tunjang kekuatan PAS.

"Itulah yang akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Isu ba'iah PAS menjadi topik hangat apabila wujud dalam kalangan wakil rakyat PAS bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baru yang dinamakan Amanah.

Perkembangan terbaru ini memperlihatkan PAS mahu memastikan calon yang bertanding mewakili parti itu kekal wala' kepada kepimpinan dan juga parti itu sekiranya memenangi PRU14 nanti.

Mengulas lanjut, Hashim berkata bahawa Majlis Syura Ulama PAS selaku badan tertinggi dalam parti itu akan menentukan kandungan sumpah taat setia berkenaan.

"Kemungkinan orang bukan Islam yang akan bertanding atas tiket PAS, mereka juga dikehendaki mengadakan aku janji atau bai'ah dengan pihak PAS.

"Mungkin susunan ayat itu berbeza dengan yang Islam," katanya.

Ditanya, sekiranya perkara ini turut melibatkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), beliau mengiakan perkembangan terbaru itu.

-ze

Friday, September 1, 2017

Tiada lagi perbincangan PKR-PAS di Selangor

SHAH ALAM - PKR tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi dengan Pas berhubung pembahagian kerusi di Selangor bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu selaras dengan persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin lepas yang menolak sebarang kerjasama dengan Pas pada PRU14 .

"PKR secara rasmi tidak akan mengadakan kerjasama dengan Pas sebaliknya akan memberikan fokus kepada penyusunan strategi bagi mengadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14 kelak.

"Keputusan ini kita terima dan akan kami laksanakan, fokus kita sekarang ialah untuk membina jentera bagi PRU14," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya mengenai ketidakhadirannya pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Mesyuarat Biro Politik PKR ketika membincangkan perkara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, beliau mempunyai urusan lain pada waktu berkenaan.

Sebelum ini, kenyataan Mohamed Azmin yang sedia berbincang dengan Pas berhubung pembahagian kerusi di Selangor bagi menghadapi PRU akan datang, tidak disenangi beberapa pemimpin PKR termasuk Naib Presidennya Rafizi Ramli yang membantah kerana boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan penyokong.

Pada Mei lepas, Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menamatkan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan PKR selepas kecewa dengan beberapa tindakan PKR yang dikatakan membelakangkan parti itu.

-Bernama

Wednesday, May 17, 2017

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan

Zulaikha Zulkifli
Biro Politik PKR malam ini memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan yang dibaca Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.

"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Biro Politik PKR berakhir pada kira-kira jam 11.30 malam.

Selain itu, menurut Wan Azizah, kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor pula akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali pulang dari lawatan rasmi ke luar negara.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bekas senator PKR, Saiful Izham Ramli, berkata parti itu perlu mengarahkan semua anggotanya yang mendapat lantikan politik daripada Kota Darulnaim meletakkan jawatan.

Dengan itu, katanya, barulah rakyat melihat bahawa PKR meletakkan kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding keperluan peribadi.

Tolak alasan PAS

Selain itu, Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu.

Bagaimanapun, katanya, PKR menolak alasan yang telah diberikan PAS kerana memutuskan tahaluf siyasi.

"PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Walaupun PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.

"PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya lagi.

Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.

Sunday, May 14, 2017

Keputusan Pas adalah langkah ke belakang

WARTAWAN SINAR HARIAN
14 MEI 2017
Mohamad Ezam Mohd Nor
SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas yang sepakat untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR adalah merupakan satu langkah kebelakang dari sudut perjuangan besar bagi melawan kerajaan yang mengamalkan rasuah.

Bekas Senator, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor berkata, sekiranya maslahah rakyat adalah merupakan asas keputusan Pas maka persoalan rasuah seharusnya menjadi pertimbangan utama parti Islam itu kerana ia memberi kesan paling besar kepada masyarakat.

“Keperitan rakyat hari ini jelas kerana pentadbiran Putrajaya dipalit skandal kewangan terbesar yang di sebut secara rasmi dan terbuka di seluruh dunia sebagai kleptokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis lalu, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh memaklumkan bahawa terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan tersebut.

Sehubungan itu, Ezam turut mempersolkan sama ada Pas melihat semua institusi Melayu seperti Tabung Haji (TH), Felda,dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang rosak.

“Demi maslahah rakyat marilah bersama jatuhkan dan ganti kerajaan yang paling rasuah ini.

“Janganlah memberi ruang kepada mereka untuk terus berkuasa dan terus mencuri hak rakyat secara besar-besaran dan terang-terangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ezam berkata pihaknya percaya masih belum terlambat buat Pas untuk memperbetulkan keputusan mereka dan meletakkan keutamaan dalam pertimbangan politik pada hari ini.

Tambah beliau, ramai dikalangan pendokong Pas masih mahu bersama satu pasukan untuk melawan rejim rasuah dan membina kerajaan baharu.

“Jangan terperangkap dengan agenda perasuah yang mahu terus kekal berkuasa dan terus melakukan budaya tersebut,”katanya.

Friday, May 12, 2017

Pas kalah teruk jika bersendirian - Tun Mahathir

Posted By: Pentadbir

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada PAS bahawa ia akan mengalami prestasi buruk jika memutuskan untuk bertanding bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mengulas keputusan Majlis Syura PAS memutuskan hubungan politik dengan PKR semalam, bekas perdana menteri itu menyifatkan parti Islam itu sebagai “keliru”.

“Saya tidak tahu, saya fikir adalah sangat mengelirukan bagi PAS, kerana di satu pihak mereka tidak mahu bekerja dengan sesiapa, dan di sisi lain mereka mahu bekerja dengan seseorang. Saya tidak tahu dasar mereka.

“Pada mereka sendiri, PAS tidak pernah menunjukkan prestasi yang baik. Jika mereka bertanding pilihan raya sendiri, tanpa perlu bekerja dengan orang lain, sebagai contoh dengan DAP khususnya, prestasi mereka akan menjadi sangat buruk,” katanya ketika ditemui di mahkamah Jalan Duta kompleks di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir mengingatkan bahawa PAS hanya menang satu kerusi apabila bertanding sendirian. Bagaimanapun, semasa bersama DAP, katanya, mereka pernah memiliki 27 kerusi parlimen.

“Itu adalah skor tertinggi dan jelas (jika mereka bertanding sendiri) mereka tidak boleh membentuk kerajaan.”
Mahathir merujuk kepada pilihan raya umum pada tahun 1986 apabila PAS hanya menang satu kerusi parlimen. Semalam, Majlis Syura PAS secara rasmi mengumumkan telah memutuskan hubungan dengan PKR.

PAS, PKR dan DAP sebelum ini membentuk gabungan politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Berikutan kejatuhan Pakatan Rakyat, DAP dan PKR membentuk Pakatan Harapan bersama-sama dengan AMANAH. 

Mkini

PKR tolak tohmahan PAS, akan nyata pendirian

PKR kesal dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hari ini yang bertindak memutuskan tahaluf siyasi antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menghormati keputusan tersebut atas kebebasan PAS untuk membuat suatu pendirian politik.

"PKR menzahirkan kekesalan terhadap keputusan yang dibuat oleh badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulama namun menghormatinya atas kebebasan PAS membuat suatu pendirian politik.

"Pada masa yang sama, PKR menolak tohmahan Majlis Syura Ulama PAS bahawa PKR menentang agenda Islam, melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik dan khianat dalam hubungan politik dengan PAS," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Majlis Syura Ulama menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan bahawa tahaluf siyasi mereka dengan PKR terbatal, umum setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh petang tadi.

"Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa dengan merujuk begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi, maka hubungan politik telah terbatal," katanya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Antaranya, kata Nik Muhammad Zawawi, tindakan PKR tidak menyokong - malah menentang - sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, rekod menunjukkan PKR kekal sebagai sebuah parti pelbagai kaum, komited memperjuangkan agenda rakyat dan membanteras rasuah dan penyelewengan

PKR juga akan terus mendedahkan salah urus dan tatakelola pemerintah dan teguh memupuk dan memelihara kerjasama akrab dan solidariti sesama rakan-rakan pembangkang, tambahnya.

"Pimpinan PKR akan segera berbincang dan mengambil pendirian terhadap keputusan Majlis Syura Ulama PAS," jelas beliau lagi.

PAS sah putus tahaluf siyasi dengan PKR


Oleh NUR ASLINDA NASIR
 Foto RABBANI JAMIAN

11 MEI: Majlis Syura Ulama yang bersidang hari ini memutuskan bahawa hubungan politik Tahaluf Siyasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Muhammad Zawawi Salleh, keputusan itu dibuat merujuk kepada pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam.

Antara perlanggaran tersebut ialah :-

a : Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kini Majlis Syura Ulama menyerah Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

Monday, April 24, 2017

Pentadbiran BN gagal, Malaysia tidak stabil: PAS

 Berita Utama #2 0
BANGI, 26 Rejab 1438H, Ahad – Sistem pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal dan meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang tidak stabil serta menuju ke arah kebejatan, kemusnahan, sistem ekonomi rasuah, penggelapan wang negara dan penyalahgunaan kuasa.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, paling membimbangkan ialah jenayah rompakan yang dilakukan oleh golongan ‘kolar putih’.

“Baru-baru ini kita didedahkan media ratusan juta wang yang digelapkan, disimpan dalam rumah, kalau simpan dalam bank panjang cerita.

“Ada bukti ada akaun dari semua ini orang akan boleh dikesan terpaksa ia simpan dalam rumah seperti yang berlaku kepada Pengarah Air Sabah,” katanya merasmikan Majlis Minum Petang (Hi-Tea) Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Kuala Nerus ,semalam.

Beliau berkata, kes ketidaktelusan yang dinyatakan secara rasmi dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun juga banyak dan ia adalah bukti secara jelas, salah laku berlaku berterusan dalam kerajaan yang terus mengamalkan polisi yang sama.

“Sekiranya kerajaan ini mengamalkan polisi yang sama ia akan menjurus ke arah itu, bermula dari Perdana Menteri pertama Tunku Abd Rahman sehingga zaman Mahathir.

“Dan zaman Najib lagi tenat sehingga ke hari ini, sistem yang diguna pakai gagal menangani semua yang disebut di atas, kerana sistem yang sama, walau pemimpin berbeza.

“Saya kira ada hubung kait dengan apa yang saya katakan menyebabkan kita berfikir apa nak jadi kepada negara kita ini, generasi anak-anak kita semakin lama semakin teruk. Oleh itu kerajaan yang ada hari ini perlu ditukar, kerana sistem, polisi yang diamalkan gagal menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-