Wednesday, December 12, 2018

Najib, Arul Kanda hadapi pertuduan di mahkamah

Dikemaskini 12 Dis 2018, 9:35 pagi


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy hari ini hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Arul Kanda Kandasamy dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada kira-kira 7.35 pagi ini.

Arul Kanda dibawa dengan menaiki kereta Honda Odyssey dalam konvoi empat buah kereta yang keluar dari ibu pejabat SPRM yang didahului oleh kenderaan polis. Konvoi berkenaan diiringi polis trafik.

Arul Kanda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan bersubahat dengan bekas PM Najib Razak berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB

Mahkamah benar Arul Kanda diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin serta perlu serah pasport antarabangsa.

Najib tiba di Kompleks Mahkamah Persekutuan pada kira-kira 8.35 pagi diiringi anaknya Mohd Ashman manakala Arul Kanda tiba setengah jam sebelum itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bacaan pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen untuk kedua-dua individu itu secara berasingan.

Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan Najib mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.

Antara pengguguran maklumat itu ialah membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

-- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-