Friday, December 14, 2018

Setiausaha politik Dr. M dikaitkan dalam dakwaan rasuah Isa

Diterbitkan 14 Dis 2018, 10:33 pagi


Zahid Md Arip, setiausaha politik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah dikaitkan dalam dakwaan rasuah terhadap bekas pengerusi Felda Isa Abdul Samad.

Zahid, yang merupakan pegawai khas Isa, telah disebutkan dalam 10 pertuduhan terhadap Isa kerana didakwa menerima sogokan RM3 juta dari pembelian sebuah hotel di Kuching.

Mengikut tuduhan itu, Zahid dikatakan menjadi perantara antara Ikhawn Zaidel, seorang pengarah di Gagasan Abadi Properties Sdn Bhd, dan Isa.

Rasuah itu bertujuan memudahkan pembelian Hotel & Suites Merdeka oleh Felda di Kuching ketika Isa adalah pengerusi agensi itu

Rasuah itu didakwa diberikan antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Zahid sebelum ini telah ditangkap oleh SPRM pada Ogos 2017 berhubung urusan pembeliah hotel itu dan telah direman selama lapan hari.

Beliau enggan mengulas apabila dihubungi Malaysiakini.

"Saya tidak mempunyai komen. Saya rasa tidak sesuai untuk saya memberi komen semasa kes masih di mahkamah," katanya.

Zahid adalah ahli majlis tertinggi Bersatu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, dia bertanding menenang Najib Razak dan dua lagi lagi calon di Pekan dan menduduki tempat ketiga dengan 7,662 undi.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-