Suara Tanpa Sempadan
Abdul Mursyid
February 5, 2019
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa tidak mendengar sebarang desas-desus berhubung pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai penggantinya.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu didakwa bakal bertukar portfolio kepada Timbalan Perdana Menteri selepas perayaan Tahun Baharu Cina ini.
“Itu kena tanya PM (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed) sebab saya tak dengar lagi rombakan kabinet,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada Selasa.
Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Semalam, terdapat laporan daripada sebuah blog yang mendakwa Mohamed Azmin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baharu Cina.
Menurut blog itu lagi, Tun Mahathir juga didakwa telah memberikan pelbagai tugas penting kepada Mohamed Azmin.
Ia termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
– Awani

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.