Diterbitkan Hari ini 8:03 malam
Ahmad Zahid Hamidi dijangka kembali ke pentas politik Khamis ini selepas hampir dua bulan bercuti dari tugas sebagai presiden Umno.
Melalui kiriman di Twitter, Ahmad Zahid berkongsi poster forum yang akan mengupas kerjasama Umno dan PAS yang akan diadakan di parlimennya di Bagan Datuk.
Ahmad Zahid akan tampil sebagai Ketua Umno Bagan Datuk dan akan berkongsi pentas forum dengan Ketua PAS Bagan Datuk Mishabul Munir Masduki.
Ahmad Zahid Hamidi@Zahid_Hamidi
Rakan-rakan semua dijemput hadir
44
7:02 PM - Feb 5, 2019
Program terakhir Ahmad Zahid ialah dialog dengan anggota Umno 18 Dis tahun lalu. Pada program malam itu, beliau mengumumkan akan menyerahkan tugas presiden kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.
Sejak itu, Ahmad Zahid dilihat tidak terlibat secara langsung dengan perkembangan politik semasa.
Kiriman di Twitternya selama tempoh bercuti itu hanya sekitar aktivitinya di beberapa masjid selain menghadiri majlis kahwin.
Satu-satunya kenyataan politik di Twitternya selama tempoh itu ialah ketika mendoakan calon Umno bagi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dan seterusnya mengucapkan tahniah selepas BN memenangi PRK itu.
Ahmad Zahid sebelum ini berkata, beliau hanya akan kembali menggalas tugas itu sehingga Mohamad "tidak sanggup lagi pikul tanggungjawab itu" atau "yakin saya boleh teruskan tugas dan tanggungjawab".

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.