Saturday, March 16, 2019

Kerjasama Umno-PAS tiada kaitan serangan masjid, kata Ismail

Oleh Aliff Fikri Aziz
Diterbitkan pada 16 March 2019

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata wakil rakyat DAP tidak sepatutnya 'melihat dari sudut yang salah' apabila menyamakan insiden berkenaan dengan perkembangan politik negara.
Foto oleh Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, 16 Mac Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengkritik tindakan seorang wakil rakyat DAP yang mengaitkan kerjasama Umno-PAS dengan kejadian serangan di New Zealand.

Naib presiden Umno berkata Chew Chong Sin tidak sepatutnya “melihat dari sudut yang salah” apabila menyamakan insiden berkenaan dengan perkembangan politik dalam negara.

“Apa kaitannya? Mangsa yang terbunuh adalah dari kalangan Islam. Pelaku atau penembak pula dari bukan Islam. Kenapa dikaitkan dengan keganasan Islam?


“Jadi, apa kena mengena dengan mengaitkan kerjasama Umno-PAS?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Chew, wakil Mengkibol, semalam mendakwa pembunuhan di Christchurch harus menjadi pengajaran buat rakyat Malaysia betapa perlunya mengekang gejala ekstremisme.

Menurutnya, sebab itu, kesepakatan Umno-PAS tidak memberi manfaat kerana boleh diambil kesempatan oleh pengganas asing.

“Disamping mengutuk sekerasnya serangan rambang di Christchurch di New Zealand, saya juga mengutuk kenyataan jahat dan tidak bertanggungjawab wakil DAP Mengkibol yang jelas sekali merupakan usaha provokasi terbuka terhadap orang bukan Melayu untuk menakutkan mereka terhadap penyatuan Umno-PAS,” kata Ismail.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-