Diterbitkan Hari ini 11:13 tengahari
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan BN bahawa beliau merestui penyingkiran Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.
"Tidak ada perkara seperti itu," katanya menjawab soalan media ketika menghadiri sebuah majlis di Putrajaya hari ini.
Mahathir berkata beliau gembira dengan prestasi ditunjukkan Ahmad Faizal.
Mahathir, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Ahmad Faizal dilihat sebagai tokoh kontroversi kerana ada yang mahu mengambil alih tempatnya sebagai menteri besar Perak.
"(Dia terlibat) dalam kontroversi kerana orang mahu mengambil tempatnya dan orang selalu mencari kontroversi semua orang.
"Malah saya sendiri, ada orang yang mahu menggantikan saya. Ya, itu biasa," katanya tanpa menyatakan sebarang nama.
Pada Khamis lalu, Pengerusi BN Perak, Saarani Mohamad mendakwa komplot untuk menggulingkan Ahmad Faizal berterusan memandangkan ramai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN 'didekati' seorang exco kerajaan negeri.
Menurut Saarani, exco berkenaan mendakwa penyingkiran itu direstui Mahathir.
[Berita penuh menyusul]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.