Mohd Nasaruddin Parzi
dan Ahmad Suhael Adnan
bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat memiliki peluang lebih cerah jika bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram.
Perkara itu diakui Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan PH berdepan laluan mencabar untuk merampas kerusi DUN Rantau daripada Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, katanya, PH mungkin boleh memberi saingan dengan kekuatan jentera dan strategi yang tepat.
“Kita akui bahawa perjalanan kita ke Rantau itu mungkin menghadapi satu cabaran besar sekiranya UMNO meletakkan Mohamad sebagai calon.
“Sudah tentu beliau mempunyai kelebihan (berbanding Streram) memandangkan Mohamad adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga selaku wakil rakyat di kawasan itu.
“Tetapi saya percaya dengan gabungan tenaga PH, jentera yang kuat dan meletakkan strategi yang betul, kita dapat memberikan saingan kuat di Rantau,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemampuan Streram untuk menang pada PRK DUN Rantau jika BN meletakkan Mohamad sebagai calon.
Ditanya mengenai strategi PH untuk menentang sentimen perkauman dan agama yang mungkin digunakan BN pada PRK itu, Mohamed Azmin berkata, mereka akan bergantung pada inisiatif dan dasar yang sedang dan akan dilakukan kerajaan.
“UMNO akan terus memainkan isu perkauman dan itu memang survival mereka, tapi PH sentiasa berpegang pada prinsip kita mahu semua rakyat Malaysia menikmati pembangunan dan kemakmuran negara.
“Kita akan memberikan penjelasan beberapa inisiatif kita lakukan dan harap rakyat menerima pandangan dan dasar kerajaan,” katanya.
bhnews@bh.com.my
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab soalan media di lobi Dewan Rakyat selepas menghadiri sidang Dewan Rakyat , Parlimen.
- Foto Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat memiliki peluang lebih cerah jika bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram.
Perkara itu diakui Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan PH berdepan laluan mencabar untuk merampas kerusi DUN Rantau daripada Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, katanya, PH mungkin boleh memberi saingan dengan kekuatan jentera dan strategi yang tepat.
“Kita akui bahawa perjalanan kita ke Rantau itu mungkin menghadapi satu cabaran besar sekiranya UMNO meletakkan Mohamad sebagai calon.
“Sudah tentu beliau mempunyai kelebihan (berbanding Streram) memandangkan Mohamad adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga selaku wakil rakyat di kawasan itu.
“Tetapi saya percaya dengan gabungan tenaga PH, jentera yang kuat dan meletakkan strategi yang betul, kita dapat memberikan saingan kuat di Rantau,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemampuan Streram untuk menang pada PRK DUN Rantau jika BN meletakkan Mohamad sebagai calon.
Ditanya mengenai strategi PH untuk menentang sentimen perkauman dan agama yang mungkin digunakan BN pada PRK itu, Mohamed Azmin berkata, mereka akan bergantung pada inisiatif dan dasar yang sedang dan akan dilakukan kerajaan.
“UMNO akan terus memainkan isu perkauman dan itu memang survival mereka, tapi PH sentiasa berpegang pada prinsip kita mahu semua rakyat Malaysia menikmati pembangunan dan kemakmuran negara.
“Kita akan memberikan penjelasan beberapa inisiatif kita lakukan dan harap rakyat menerima pandangan dan dasar kerajaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.