Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menganggap saranan senator DAP Nga Hock Cheh yang mahu status agama digugurkan daripada kad pengenalan sebagai tidak bertanggungjawab.
— Foto oleh Azneal Ishak
KUALA LUMPUR, 29 Apr — Ketua Pemuda PAS mengkritik cadangan senator DAP Nga Hock Cheh yang mahu status agama digugurkan daripada kad pengenalan.
Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kenyataan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah menganggap ia sebagai 'mainan politik' kotor.
“Untuk apa beliau bangkitkan isu sebegini? Ternyata dengan membangkitkan isu ini, beliau sengaja menimbulkan kemarahan orang ramai dan berniat jahat.
“Apa lagi yang DAP mahu sebenarnya, tidak cukup lagikah permainan politik yang kotor dan keji sebegini dimainkan?” katanya.
Nga sebelum ini mencadangkan perkara tersebut atas alasan rakyat lebih mementingkan perpaduan.
Namun, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan status agama dan kaum dalam kad pengenalan kekal seperti biasa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.