Monday, April 29, 2019

Lebih mudah ambil alih kepimpinan ketika kerajaan stabil, kata Anwar

Mohamad Fadli
-April 29, 2019 12:18 AM

Presiden PKR, Anwar Ibrahim ketika berucap dalam satu majlis makan malam amal anjuran PKR Kuala Langat, malam ini.

KUALA LANGAT: Selepas 5 hari menolak untuk menjadi menteri kewangan, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, adalah lebih mudah untuk mengambil alih kerajaan dalam keadaan yang sudah stabil.

Anwar berkata, buat masa ini beliau menyokong supaya Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad membetulkan keadaan dan mestabilkan negara yang telah dirosakkan kerajaan sebelum ini.

“Ini kerana yang mengantikkan Najib Razak mempunyai pengalaman. Dia (Dr Mahathir) tahu kalau kapal baru yang sedang gelombang masih dapat dikawal.

“Bagi saya, saya sokong supaya kapal ini stabil sahaja, saya ambil alih dalam keadaan stabil itu lebih mudah. Jadi sebab itu, PKR perlu beri sokongan (pada Dr Mahathir),” katanya ketika berucap dalam satu majlis makan malam amal anjuran PKR Kuala Langat, malam ini.

Pada 24 April lalu, Anwar berkata, beliau akan menolak jawatan menteri kewangan jika ditawarkan kepadanya ketika ini susulan kekangan ekonomi negara yang tidak menentu.

Anwar berkata, Menteri Kewangan Lim Guan Eng terpaksa memberi jawapan standard apabila permintaan untuk peruntukan diajukan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, proses mendakwa Najib tidak semudah seperti kes dakwaan terhadapnya semasa kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Beliau berkata, proses pendakwaan terhadap Najib haruslah mengikut kedaulatan undang-undang, iaitu “rule of law”.

“Itu janji kita yang akan tunaikan dan janji itu tidak mudah untuk ditunaikan. Kena ikut prosesnya,” kata beliau.

1 comment:

  1. Kutty memerlukan sekurang2nya 4 tahun lagi untuk menstabilkan kerosakan yang PH lakukan sendiri, kini semua pelabur melarikan diri mengakibatkan beratus billion wang dibawa keluar...Maka kempunanlah Non untuk jadi PM! Bila mati nanti mata tak boleh tertutup rapat disebabkan kempunan yang amat sangat...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-